Pages

20 Feb 2008

Mahasiswa dan Sistem Demokrasi Berparlimen

Salam mahasiswa.....
Negara kita ketika ini hangat dengan kempen pilihanraya umum ke-12. Satu lagi masa yang boleh dikatakan amat penting kepada masa depan negara kita. Tapi apa yang sangat menyedihkan kita apabila penglibatan mahasiswa dilihat amat kurang dalam perkara besar seumpama ini. Rata-rata apabila ditanya adakah mereka ini akan pulang ke kampung untuk membuang undi pada pilihanraya ini, boleh dibilang dengan jari bagi mereka yang berkeinginan untuk berbuat demikian.
Inilah realiti keadaan mahasiswa di IPT seluruh negara umumnya dan mahasiswa UTM khasnya ketika ini.

Baru-baru ini apabila ditemuramah oleh stesen TV1 RTM bersama-sama dengan sahabat yang lain, masalah yang sama diutarakan. "Bagaimana kalau kita mahu menyelesaikan masalah mahasiswa yang tidak mahu/dapat pulang ke kampung untuk membuang undi mereka?". Soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh saya. Itu yang saya rasakan. Saya beranggapan jika masalah ini lahir berakar umbikan daripada sifat mahasiswa itu sendiri yang kurang mengambil cakna perkembangan semasa negara. Mahasiswa disibukkan dengan tugasan harian iaitu belajar, sehingga terdapat segelintir apabila ditanya tentang PRU ke-12 ini mereka berkata perkara itu tiada kaitan pun dengan kita.

Lihatlah betapa mahasiswa sekarang telah jatuh martabatnya jika dibandingkan dengan mahasiswa yang ketika dulunya mampu menyumbang sedikit sebanyak idea kepada isu pembangunan negara. Kita tidak menyelesaikan masalah ini jika mahasiswa ini sendiri tidak sedar akan kekurangan diri mereka. Di MPP kami hanya sekadar mampu untuk membuat dan mengedar risalah untul mahasiswa turun mengundi atau pun paling kurang kami memohon disediakan pengangkutan bagi mahasiswa-mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab selaku warganegara Malaysia yang ingin pulang ke kampung untuk turun mengundi.

Diharapkan agar sahabat-sahabat yang sedar akan kepentingan turun untuk membuang undi dapat menasihatkan sahabatnya yang lain.
TURUNLAH MENGUNDI DEMI MASA DEPAN NEGARA DAN ANDA

19 Feb 2008

Gambaran Sekitar Mesyuarat Kebajikan sesi II 2007/08

Salam mahasiswa,
seperti yang dijanjikan pada post yang lepas di sini saya ada paparkan beberapa suasana buat tatapan semua. Mesyuarat kebajikan yang di mana seharusnya dijadikan medan penting kepada MPP dalam mengutarakan masalah-masalah kebajikan mahasiswa UTM.


Wakil daripada JKM-JKM juga dijemput untuk turut serta memberikan cadangan
dan penyelesaian


Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' TNCHEPA


Sahabat MPM dari UTM KL dan saudara Presiden MPP

Dato' TNCHEPA mengambil tempat duduk

15 Feb 2008

Mahasiswa dan Dunia Islam

Salam mahasiswa....







Jika anda membuka web youtube dan search "convert", anda akan menyedari bahawa ramai di kalangan bangsa barat kini cenderong ke arah Islam...

14 Feb 2008

Sekitar Mesyuarat Kebajikan HEP 13hb Feb 2008

Salam mahasiswa, tanggal 13hb Feb 2008 Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08 telah mengadakan satu mesyuarat kebajikan bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Jamuan, blok pentadbiran UTM telah dimulakan pada pukul 2.30 petang dipengerusikan sendiri oleh Yg. Berbahagia Dato' Prof. Ir. Dr. Alias Mohd Noor, Timb. Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam kesempatan yang ada ini, Presiden MPP saudara Mohd Hafiz b. Mohd Johari telah membentangkan satu kertas proposal yang lengkap telah disediakan oleh pihak MPP sesi kali ini. Jabatan Kebajikan MPP antara pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan proposal ini hampir setiap malam bersengkang mata untuk memenuhi tuntutan pelajar. Antara isu yang hangat diketengahkan adalah isu berkaitan access internet di blok-blok kediaman pelajar. Kami mendapat feedback bahawa penyediaan peralatan yang lama menyukarkan pihak CICT untuk menyiapkan kemudahan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Diharapkan pihak pelajar dapat bersabar dan MPP dalam usaha mendesak agar dipercepatkan kemudahan ini memandangkan permintaan yang tinggi oleh pelajar.

Isu kedua yang saya merasakan hangat diperbincangkan adalah berkenaan pelajar antarabangsa. Kalau kita lihat, bilangan mereka kini kian bertambah di UTM ini saban semester. Setiap kali pengambilan dilakukan oleh universiti dalam usaha universiti kita ini untuk mengejar gelaran universiti berkelas antarabangsa pada tahun 2010. Namun adakah usaha ini berbaloi setakat ini? Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran kita apabila terjadi pelbagai kes-kes disiplin dan moral yang melibatkan pelajar antarabangsa. Pihak pentadbiran digesa untuk mengkaji balik dasar yang digunakan untuk penggambilan pelajar antarabangsa ini kerana ada di kalangan mereka yang dikatakan gagal untuk memenuhi syarat bahasa yang telah ditetapkan. Mereka dikatakan kurang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan berkesan. Bahkan apa yang lebih merisaukan kita lagi perkara ini bukan sahaja melibatkan pelajar asing bahkan juga melibatkan pensyarah asing yang diambil oleh pihak universiti. Moga kita selaku mahasiswa sama-sama berusaha memberikan pandangan kepada pihak bertanggungjawab agar dapat mengatasi masalah ini.

Dan antara lainnya, isu parking kenderaan pelajar yang semakin meruncing di kawasan akademik pada masa akan datang juga antara yang disentuh. Untuk pengetahuan pihak mahasiswa, parking kereta pelajar berdekatan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) bakal digunakan untuk membina bangunan baru untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). Perkara ini bakal menjadi isu hangat di kalangan mahasiswa pada masa akan datang. Di pihak kami MPP gagal untuk mempertahankan kebajikan pelajar ini disebabkan pihak Senat universiti telah meluluskan pembinaan bangunan tersebut. Oleh itu, alternatif baru perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini.

Isu laluan berbumbung, papan kenyataan di perhentian bas yang baru, pengurangan kadar sewa simpanan barang di kolej-kolej ketika cuti, penyelenggaraan yang lewat oleh pihak Harta Bina juga antara perkara yang dibangkitkan. Di sini saya hanya sekadar mengutarakan isu-isu kebajikan yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. Untuk itu, adalah penting bagi mahasiswa mengambil cakna tentang keadaan semasa kebajikan pelajar di universiti kita ini. Saya amat menggalakan agar pembaca sekalian berjumpa terus dengan mana-mana ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi mendapatkan penjelasan tentang isu-isu kebajikan ini.
"Kebajikan Mahasiswa Keutamaan Kami"

Seterusnya koleksi gambar sekitar mesyuarat ini...'^_^

6 Feb 2008

Meeting Bersama Dekan FKM

Salam muhibbah dan salam mahasiswa....

Saya dan beberapa sahabat daripada MPP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah berjaya mengadakan pertemuan kali pertama kami bersama dekan FKM iaitu Prof. Ir. Dr. Azhar b. Abdul Aziz dan Ketua-ketua Jabatan di FKM. Pertemuan yang diaturkan oleh saudara Aliff Farhan Yamin selaku ketua fakulti MPP di FKM sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kami tentang keadaan semasa FKM ketika ini. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi ini membincangkan tentang masalah kebajikan pelajar di FKM.

Antara yang dibangkitkan adalah berkenaan masalah transfer credit, yuran Latihan Industri dan masalah penglibatan mahasiswa dalam program-program di FKM. Dikatakan bahawa fakulti menghadapi masalah besar dalam menyebarkan maklumat kepada pelajar disebabkan sikap pelajar yang kurang peka (awareness) dengan setiap iklan/pengumuman yang dibuat oleh pihak pejabat akademik.

Masalah fasiliti yang tahap penyelenggaraannya kurang memuaskan menjadi tumpuan utama mesyuarat. Ada cadangan agar penambahan water cooler dan vanding machine dibuat unutk memenuhi keperluan semasa pelajar. Pusat sumber di FKM yang kini tidak mampu untuk menampung sebilangan tesis pelajar-pelajar akan dinaik tarafkan pada masa akan datang. Kerjasama dengan pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) bakal dibuat untuk tujuan tersebut. Pihak FKM telah berjaya mendapatkan sebuah bangunan baru yang bakal menempatkan makmal dan bilik kuliah yang berharga lebih kurang RM13 juta. Tahniah diucapkan!.

Prof. Ir. Dr. Azhar amat menekankan tentang masalah plagiat/plagarism yang makin berleluasa di kalangan pelajar kini. Beliau amat berharap agar kes-kes seumpama ini tidak berlaku di FKM dalam apa-apa pun tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, pihak pentadbiran fakulti amat berharap agar mahasiswa menjadi sebahagian daripada kelompok yang menentukan arah tuju kokurikulum di FKM bukan sekadar menjadi pihak yang mengikuti kokurikulum ini sahaja. Feedback/pandangan para mahasiswa FKM amat-amat digalakkan untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di FKM ini. ~(n.n)

Poster Ceramah Khas Valentine:
Aku, DIA dan Valentine


1 Feb 2008

Koleksi Gambar MPP 07/08 II

Kem Team Building MPP di Kem Lembaian Danau, Jasin, Melaka

Kem team building yang lepas merupakan antara peristiwa paling penting bagi MPP pada sesi kali ini. Dengan adanya kem ini kami lebih dapat mengenali antara satu sama lain. Rasa semangat bekerja dalam satu pasukan semestinya elemen yang sangat penting untuk keberjayaan satu-satu organisasi sama ada kecil mahupun besar.


Ketika menyanyikan lagu 'Keunggulan Terbilang'


Bersemangat untuk berjuang martabatkan kebajikan mahasiswa


Bersedia untuk berkayak


Hepi-hepi jugak keje mesti jalan

Total Pageviews