Pages

25 Jan 2010

Selamat Hari Lahir ke-24! For me and you...

Tarikh 22hb Januari tiba lagi tahun ini. Ku sambut dengan perasaan yang berbeza dari sebelumnya.
Keadaan dah berubah. Zaman belajar degree yang indah dah ku tinggalkan kini menghampiri setahun ku rasakan. Peringkat seterusnya kini menanti untuk ku tamatkan pengajianku. Semuanya masih lagi samar-samar.

Apa pun, Selamat Hari Lahir ke-24 buat diri ini! Umur semakin meningkat, moga pengalaman dan ibadat pun begitu. Seiring.  Terima kasih pada yang mengucapkan SELAMAT padaku. Doa kalian daku ingati.


Ihsan: http://hatiperantau.wordpress.com 


Tercapai juga hajatku untuk menyambutnya di kampung bersama mak dan keluarga. Namun macam-macam kerenah adik beradik yang berlaku. I love my family!

p/s: Satu lagi rekod tercipta dalam hidupku. Jumboku berlari sepantas 150km/j memecah kedinginan dan kesepian malam Lebuhraya Pantai Timur! Siapa sangka Jumboku begitu hebat. hehehe...
(Kini ku nantikan adakah surat saman speed track bakal sampai ke rumahku)

20 Jan 2010

A Nice Article to Share...



Hopefully, we got something after read this article! Be careful with everyone around you.

p/s: Semalam sempat untuk mengikuti kuliah Maghrib Ustaz Hasrizal di Surau al-Munir, Taman Lestari. Akhirnya hajat dulu ingin melihat beliau dengan mata sendiri tercapai.

19 Jan 2010

'People, Thought and Action'...Perutusan Naib Censelor UPM 2010

Berada di tempat lain semestinya membuka pandangan baru dalam hidup ini. Persepsi dulu juga mungkin akan berubah. Belajar dan berkhidmat dua perkara yang berbeda dalam hidup kini. Dilahirkan di UTM dengan identiti "Keunggulan Terbilang" kemudiannya bakal berkhidmat di UPM dengan identiti baru "Putra Gemilang". Namun suasana keilmuannya hampir sama. Intelectual enviroment!.


Ku membesar di sini...



Kini, ku berada di sini...

With Knowlegde, We Serve for Inspiring Creative and Innovative Minds!


Pagi ni, pertama kali ku menyertai majlis di UPM. Majlis Perutusan Naib Censelor bagi tahun 2010. Tema untuk kali ini adalah "Menjulang Ilmu Memacu Ekonomi". Sebagai orang baru, aku sekadar memerhati dan membanding bezakan suasana lama dengan yang baharu kini. Pasti ada kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan masing-masing dari sisi pandangan aku. Namun ku seronok dengan pengalaman kali ini. 

p/s: Teringat tentang khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Arief Salleh dulu tentang budaya "copy-mengcopy" @ plagarism, kini sekali lagi di sentuh dalam ucapan NC UPM kali ini.

15 Jan 2010

Isu perkataan "Allah" : Sampai ke mana bakal di bawa arus?

Isu ini perhangat kini diperkatakan ketika ini. Diulas dari pelbagai perpektif. Penting untuk sesiapa yang menyayangi agama suci Islam untuk mengikuti perkembangan semasanya. Menunjukkan kita ini peka atau tidak dengan isu semasa. Ada pihak yang cuba/ bakal mengambil peluang daripada isu ini, semestinya akan muncul hero yang bakal menyelamatkan keadaan yang diselubungi kekeliruan. Hero atau berlagak seolah-olah hero semuanya bergantung kepada niat masing-masing.



p/s: Sekadar nukilan pandangan tentang isu ini. (3.05 petang, 15hb Jan 2010, Jab. KMP, Fak. Kejuruteraan)
25 minit sebelum berlaku gerhana matahari di Malaysia. Jom berlindung di masjid!

12 Jan 2010

Dunia Baru...

Minggu ni merupakan langkah perlahan ke dunia baru yang bakal memberi kesan pada masa depan akan datang.
Moga tabah di tempat baru buat sementara waktu ini. Wait for me there k!


2 Jan 2010

Selamat Hari Lahir ke -24 Sahabatku

Selamat Hari Lahir ke 24 Azly! Moga panjang umur dan Murah rezqi...Moga 2010 menjadi tahun terbaik kita.



Total Pageviews