Pages

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

3 Jul 2012

Bola itu Politik...

 Kes 1
Dia (Torres) di awal UERO 2012 nasibnya tidak ketentuan. Tempatnya di dalam skuad Spain masih belum disimenkan betul-betul. Del Bosque sedia menerima Torres andaikata dia perform di akhir season lepas, dan kehebatannya dalam Champion League akhirnya dapat memastikan tempatnya di dalam skuad La Rhoja. Dan, tanpa disangka-sangka dia berjaya merangkul anugerah Kasut Emas di akhir EURO 2012 hasil 3 gol dan 1 assist untuk gol Juan Mata!

Torres meraikan jaringannya di final EURO 2012


Kes 2
Semua sedia maklum, wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Dr. Morsi baru-baru ini telah berjaya memenangi pilihanraya presiden Mesir mengatasi wakil parti bekas presiden. Namun, ada sesetengah yang belum maklum akan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini menghadapi pelbagai rintangan dan presiden Mesir yang baru ini juga pernah merasai pengalaman dipenjara seperti pemimpin-pemimpin Ikwanul Muslimin yang sebelumnya. Segala ucapan tahniah diucapkan dan segala puji bagi Allah yang menentukan ketetapan ini. [Biodata]

Dr. Mohamed Morsi meraikan kejayaan partinya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini


Hubungkait
Secara konklusinya, kedua-dua situasi di atas mengajar kita tentang "pada akhirnya, apa yang penting adalah keputusan" (at the end, the results matter). Dalam Islam pun, kita dilarang untuk menilai seseorang. Yang penting, di akhir hidupnya dia meninggal dunia sebagai Muslim yang bertaubat atau tidak.

p/s: Bola itu politik, dan sesungguhnya politik itu bulat!

21 Oct 2009

To everybody I love in my life...

Salam penuh keceriaan...



Barney: Satu Memori Indah

Penulis pasti ramai antara kita mengenali watak ini kan? Dan lagunya sentiasa berada dalam ingatan kita semua. Penulis tujukan lagu ini buat insan-insan yang membuatkan hidup penulis kini semakin bermakna.
To Pak Cik Dol and Kluangman especially...Geng Sembang-sembang Pagi.hehe




Kluangman yang pernah menjadi ke"gila"an kita pada suatu ketika dahulu



Ni juga tidak kita lepaskan..Usop Sontorian..mesti ada depan TV time tu kan?



Karekter yang paling best dalam kartun tu..ayam Usop, tapi apa nama dia ea?

Apa yang ditunjukkan di atas antara kartun-kartun tempatan yang mendapat sambutan hangat ketika kita berada di bangku sekolah rendah dan menengah. Dan kini, giliran Upin dan Ipin menggantikan kedudukan mereka.


Sewaktu kecil kita sentiasa meminati superhero-superhero yang ditayangkan di kaca televisyen. Daripada Ultraman, Maskman, Flashman sehingga muncul nya Gaban. Sehingga kini, Mask Rider masih lagi ditonton oleh sebahagian daripada kita. Dan yang paling latest, Mask Rider Double W sungguh memukau golongan penonton. Bagi peminat-peminat siri Mask Rider, ini antara Mask Rider yang agak unik dan menarik.








Antara poster-poster Mask Rider Double W


Unsur keadilan dan kebenaran yang perlu ditegakkan telah ditanam ke dalam minda penonton. Timbul persoalan, kenapa kita memerlukan superhero sewaktu kita kanak-kanak? Penulis pun masih lagi mencari jawapannya.
  

p/s: tapi kenapa semua latar belakang kartun Malaysia berada di Johor? (Kluang dan Parit Sonto)

Total Pageviews