Pages

29 Dec 2008

Gelombang yang semakin terasa...



Masa untuk berhijrah. Salam Maal Hijrah 1430H pada semua sahabat-sahabat mahasiswa dan selamat kembali ke kampus kesayangan kita ini.

24 Dec 2008

Aku Bukan Musuh Harta: Dr. Asri Zainul Abidin






Apa yang panas, itulah yang paling best untuk diperkatakan. Just to share.

Ehsan: unwanted86.blogspot.com

Tatkala di Penghujung Kepimpinan..

Salam lembaran baru yang bakal melangkah dalam tempoh seminggu saja lagi sekarang. Baik dalam kalendar Hijrah mahupun kalendar Masihi.

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk singgah seketika di blog penulis ini dan memberi pelbagai pendapat dan pandangan. Penulis akan cuba untuk terima baik buruk setiap apa yang diluahkan oleh sahabat dalam comment box penulis ni.

Memang agak lama penulis menyepi dari meng'updated'kan blog ini. Mungkin kehilangan kata-kata untuk dikongsikan bersama-sama. Apa pun, perkara yang menarik minat kita mesti kita suka untuk kita kongsikan, betul tak?

Penulis baru saja pulang dari bercuti panjang di kampung halaman di Terengganu. Terasa rindu pada kampus yang hampir sebulan ditinggalkan. Terengganu sekarang ini menjadi tumpuan kerana hangat dengan isu Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangkakan pada 17 Januari 2009 ini. Pada mahasiswa anak negeri Terengganu yang mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin di parlimen tersebut, semoga dapat menunaikannya dengan baik. Sehingga kini penulis difahamkan 5 orang calon yang bakal bertanding, satu PRK yang sengit bakal kita sama-sama saksikan.

Harapan penulis agar PRK parlimen Kuala Terangganu ini dapat berlangsung dengan baik tanpa ada peristiwa yang kurang baik berlaku. Kita tidak mahu apa yang terjadi di negara-negara lain berlaku dalam negara kita sendiri kan? Thailand pun sekarang ini terpaksa bersusah payah untuk mengembalikan ketenteraman negara akibat krisis politik yang berlaku baru-baru ini. Perdana Menteri barunya, Abhisit Vejjajiva diharapkan dapat memberikan sinar baru dalam usaha mengembalikan keamanan dan keharmonian negara itu.




Dan tidak lama lagi,kampus UTM kita ini sekali lagi akan menyambut kedatangan aktiviti tahunan kita iaitu Pilihan Raya Kampus (PRK) yang termaktub dalam AUKU diadakan setiap tahun dan sepatutnya diadakan pada semester lepas tetapi ditangguh atas sebab-sebab tertentu. Dengan tibanya tarikh penamaan calon nanti maka berakhir juga lah sesi kempimpinan MPP 2007/08 kali ini dan bakal digantikan dengan pemimpin pelajar yang baru. Harapan besar agar PRK kali ini semakin meriah dan mahasiswa dapat menunaikan tanggungjawab kalian dengan sebaiknya. Let vote for our new hope!!!

17 Oct 2008

Salam Penuh Pengharapan...

Semalam (16hb Okt 2008), saat yang dinantikan tiba jua akhirnya. Pemimpin utama universiti kita, Naib Censelor Dato' Ir. Prof. Zaini b. Ujang bertemu muka dengan para pimpinan pelajar setiap persatuan dan kelab dalam UTM ini. Sesi penyampaian matlamat dan hasrat beliau dalam mengemudi UTM ini ke arah World Class University diperjelaskan dengan ringkas kepada kami. Ternyata perubahan baru bakal berlaku dalam kepimpinan beliau kali ini.

Penulis sangat tertarik dengan pandangan beliau tentang Mahasiswa sebagai trendsetting kepada negara bukan menjadi trendfollower. Beliau berpandangan bahawa untuk melatih kepimpinan mahasiswa, mahasiswa perlu dibawa keluar dari kepompong kita sekarang. Perlu merantau ke negeri orang untuk menimba pengalaman. Beliau memetik kata-kata bekas TNCHEP UTM yang disanjungi beliau. Insya-allah, beliau memnjanjikan pertemuan seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa-masa akan datang.


Antara pimpinan mahasiswa yang hadir


Dato' Naib Censelor baru UTM berbicara dengan pemimpin mahasiswa

Dan semalam juga merupakan tarikh bagi pilihanraya kampus-kampus pantai timur dan UTeM di Melaka. Semoga semuanya berjalan lancar dan bakal pemimpin baru yang diberikan mandat dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Apa yang menyedih semalam telah berlaku. Sebuah kampung iaitu Kg. Plentong Baru di Masai telah dirobohkan oleh sebuah syarikat. Dikatakan bahawa penduduk kampung tersebut telah lama mendiami tanah tersebut dan baru-baru ini isu ini hangat kembali. Kekecohan dikatakan berlaku akibat terdapat penduduk kampung yang masih mempertahankan tanah kediaman mereka walaupun berhadapan dengan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Penulis cukup rasa hampa apabila memikirkan apakah peranan kita mahasiswa universiti dalam isu-isu setempat jika dibandingkan dengan pelajar PMR yang sanggup datang mempertahankan hak mereka. Apa pun berlaku diharapkan semua pihak berada dalam win-win sitution agar tiada pihak yang teraniaya. Salam harapan baru...

15 Oct 2008

Salam Muhasabah....

Cukup menyedihkan. Bila lewat pagi Isnin yang lepas (13hb Okt 2008) apabila penulis dan sahabat penulis pergi ke arked Kolej 9 untuk bersahur, kami terkejut bila melihat beberapa pelajar perempuan berpakaian basah keluar daripada kolam sementara untuk permainan bola air sempena GEMPAK. Mereka menuju ke arah kolej 9, melintasi jalan tanpa rasa segan silu.

Cukup GEMPAK penulis rasakan. Rupa-rupanya mereka baru saja selesai bersukan air bersama beberapa orang pelajar lelaki. Ketika itu jam menunjukkan pukul 2.15 pagi!!!! Persoalan bertubi-tubi timbul dalam benak pemikiran penulis. Sampai tahap ini ke pelajar UTM kita? Lelaki dan perempuan bercampur dalam keadaan pakaian basah di dalam satu kolam. Kolam yang siangnya digunakan untuk permainan satu gander sahaja tapi malamnya pelajar bebas untuk sesiapa sahaja menggunakannya.

Penulis agak terkilan dengan pihak penganjur yang terlepas pandang akan isu ini atau pun buat-buat 'tak tengok'. Apa pun kita dah besar panjang, dah matang, dah masuk U pun. Tau mana halal haram satu-satu perkara. Sama-sama kita fikirkan dan muhasabahkan tentang keadaan sosial di universiti kita ini. Bak kata juara Lawak King "Korang pikir la sendiri!"

7 Oct 2008

Salam Lebaran 1429H...

Salam lebaran pada semua sahabat-sahabat mahasiswa UTM...

Masih belum terlewat untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Semoga hari bermakna ini dapat mengembalikan kita kepada keadaan kita fitrah seperti mana kita baru dilahirkan oleh ibu kita, bersih daripada dosa. Ampun maaf penulis pinta seandai ada kesilapan yang disengajakan atau pun yang tidak disengajakan kepada sahabat mahasiswa sekalian.

Tarikh 1 Oktober 2008 juga merupakan tarikh yang bersejarah buat UTM selain merupakan Hari Raya Eidulfitri. Tarikh tersebut juga merupakan tarikh rasmi perlantikan Naib Censelor baru UTM iaitu Dato' Prof. Zaini b. Ujang. Tahniah kami ucapkan kepada Datuk NC baru kita ini. Semoga kepimpinan beliau bakal membawa harapan dan semangat yang baru buat warga UTM.

Beliau akan mengadakan sidang mesyuarat beliau dengan kepimpinan pelajar di MPP pada 16hb Okt 2008 di Dewan Senat untuk majlis suai kenal dan bertemu muka. Ini merupakan peluang terbaik untuk melaporkan keadaan kebajikan pelajar kepada Naib Censelor baru kita ini.

23 Sept 2008

Pening pening...apa dah jadi ni???

Salam ramadhan yang berbaki hanya seminggu lagi ni...
Harap sahabat-sahabat tabah dan sabar dalam menempuhi madrasah tarbiyyah pada tahun ini.

Baju raya, duit raya dan kuih raya bakal menanti kita di kampung halaman sekarang. Andaikata itulah yang kita hajatkan ketika pulang beraya di kampung halaman kita nanti. Dan jika kita niat untuk pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu bapa tercinta, perkara tersebut jugalah yang kita bakal dapat. Insya-Allah..Hati-hati ketika pulang beraya. Ingat assignment yang masih belum dihantar dan test yang belum diduduki. (hehehe..)

Dalam kemeriahan kita untuk menyambut Syawal yang bakal tiba dalam tempoh seminggu lagi ni, keadaan politik tanah air kita pun semakin meriah dibuatnya. Walaupun 16hb Sept telah berlau dengan kisahnya yang tersendiri, tapi kesan-kesannya masih dikaji. Penulis juga berharap sahabat-sahabat mahasiswa pun aktif mengambil tahu perkembangan semasa ini. Betulkah akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negara kita ini?? Hanya masa bakal menentukan. Cuma apa yang diharapkan oleh penulis, biar siapa pun yang memegang teraju pemerintahan negara kita ini agama Islam tetap diperlihara dari sebarang ancaman luar mahu pun dari dalam negara.

Pelbagai pihak sedang memerhatikan politik negara kita sekarang ini. dan jika ada yang berkepentingan tertentu, kita doakan agar segala perancangan mereka digagalkan oleh Allah S.W.T.

Pening lagi bila memikirkan tanggungjawab yang ada. Assignment semakin bertimbun dan PSM bakal memhampiri due date nya. Doakan semuanya selamat Insya-Allah..
Selamat Menyambut Syawal 1429H
Maaf Zahir dan Batin....

16 Sept 2008

Salam Pertengahan Ramadhan al-Kareem...

salam inspirrasi pada sahabat-sahabat..

Begitu lama penulis rasakan tidak mengemaskinikan blog kesayangan ini. Mungkin kesibukan yang dipertanggungjawabkan sedikit sebanyak memberi kenkangan dalam menulis sesuatu pada semua untuk dikongsikan bersama.

Mungkin yang terbaru untuk di kongsikan ialah berkenaan dengan mesyuarat kebajikan HEP pada 10hb Sept 2008 yang lepas. Beberapa perkara yang diperjuangkan kini mendapat perhatian pihak atasan unutk diperhalusi. Diharapkan janji yang ditabur ketika dalam mesyuarat ditunaikan oleh semua pihak demi kebajikan mahasiswa UTM ini.

Isu keselamatan mahasiswi pada pandangan penulis masih lagi tidak dapat diatasi dengan berkesan. Sama ada method memagar blok-blok siswi agar tidak dimasuki mana-mana lelaki sesuai atau tidak pada ketika ni??? atau bajet yang menjadi masalah?? Mungkin dengan memperkenalkan satu pasukan peronda yang dianggotai oleh pengetua, pengawal keselamatan dan wakil pelajar mampu untuk mengatasi masalah sosial yang saban hari meningkat di UTM ni. Semua cadangan telah diutarakan dan semua pihak memberikan hujah dan pendapat masing-masing.

Tapi yang penting bagi penulis kini, isu ini harus dipanjangkan lagi untuk diperhalusi. Jangan sampai sesuatu tragedi berlaku baru langkah-langkah pengcegahan hendak diambil oleh semua pihak. "mencegah lebih baik daripada mengubati". Akhir kalam, majulah mahasiswa demi agama tercinta. Wassalam...

27 Aug 2008

RAMADHAN DI AMBANG KEMERDEKAAN

oleh : Mohammad Yusof b. Ahmad, Timb. Presiden PMIUTM 2008

COUNTDOWN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN


Tarikh keramat 31 Ogos 2008 bagi seluruh rakyat Malaysia bakal kunjung tiba. Negara akan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 dalam masa dua hari lagi. Semangat patriotisme yang tinggi dan menebal dalam diri setiap individu menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup istimewa. Atas nama cintakan negara, rakyat Malaysia telah bersatu-padu tanpa mengira kaum dan agama dalam melonjakkan nama negara di arena antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, perubatan dan pendidikan. Persoalannya, sejauh manakah kemerdekaan yang telah dikecapi selama 50 tahun ini dihayati dan dijadikan pemangkin dalam memajukan diri dan negara terutamanya golongan muda selaku pewaris bangsa dan negara. Umum mengetahui bahawa ramai di kalangan golongan pasca merdeka ini seolah-olah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dirasai semenjak kecil kerana tidak pernah merasai kesusahan dan kepahitan hidup di zaman penjajah. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng lantaran kemerdekaan dan kebebasan masa kini mungkin hilang dalam sekelip mata jika rakyat lena dibuai mimpi indah.


KENANG JASA PEJUANG KEMERDEKAAN


Menyingkap kembali tirai perjuangan orang-orang terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Hj Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh, mereka telah menjadi ‘front liner’ dalam membebaskan tanah air dari belenggu penjajah. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dan mengorbankan segala-segalanya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Mereka menentang kerana kebenaran dan mereka tidak pernah kenal erti takut dan berputus asa dalam merintangi ranjau berduri. Sehinggakan, pihak penjajah menuduh mereka sebagai pengkhianat walhal merekalah pembela bangsa. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara ini dikurniakan dengan orang-orang yang berjiwa pahlawan seperti mereka. Tanpa keringat yang dicurahkan mereka, kita mungkin masih berada dalam cengkaman Barat. Justeru, bagaimana kita ingin menghayati kemerdekaan ini mengikut lunas-lunas Islam sebagai seorang muslim?


HAYATI KEMERDEKAAN


Kemerdekaan adalah satu nikmat yang besar dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Sebagai seorang muslim, adalah wajar kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang mendatang ini dengan penuh rasa syukur dan insaf. Perasaan sayang dan cintakan negara perlu disuburkan dalam jiwa kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ cintakan negara adalah sebahagian daripada iman”. Nabi dan para sahabat banyak berperang dalam mempertahankan Islam dan tanah air. Oleh itu, kemerdekaan yang dikecapi ini perlu kita pertahankan. Kita tidak hanya mahu bebas dari sudut luaran tetapi kita juga perlu merdeka dari sudut pemikiran dan cara hidup. Kita perlu menyedari akan hakikat bahawa pihak Barat sentiasa cuba untuk mempengaruhi gaya hidup kita terutamanya dalam aspek pemakanan, pakaian dan hiburan. Sering kali apabila tibanya ulang tahun kemerdekaan, rakyat disajikan dengan hiburan-hiburan yang melampau. Artis disanjung tinggi melangit melebihi pejuang-pejuang kemerdekaan. Konsert yang dianjurkan kononnya meraikan kemerdekaan telah menyediakan banyak ruang maksiat. Percampuran antara lelaki dan perempuan tidak dapat dielakkan dan golongan remaja mengambil kesempatan untuk berasmara melepaskan rindu. Lebih menyedihkan apabila melihat muda-mudi pulang ke rumah tatkala fajar mula menyingsing selepas menyambut kemerdekaan dalam keadaan mabuk. Solat Subuh ditinggalkan tanpa ada perasaan bersalah. Adakah ini yang dikatakan zaman dah berubah???Biarlah zaman berubah mengikut peredaran masa tetapi kita perlu sentiasa teguh dengan pegangan Islam. Dalam menyambut kemerdekaan, kita sepatutnya lebih mendekatkan diri kepada Allah atas dasar kesyukuran dan keinsafan. Mensyukuri keharmonian dan kedamaian yang diberikan kepada kita dan menginsafi kesusahan dan kepayahan hidup saudara seagama kita yang tinggal dalam suasana perang. Qiamullail, berzikir, membaca al-Quran dan bertafakkur adalah amalan kita sebagai muslim sejati pada malam kemerdekaan.


MERDEKA DARI BELENGGU NAFSU


Antara sedar ataupun tidak, bulan Ramadhan yang terkandung di dalamnya pelbagai fadhilat sudah hampir menemui kita. Ramadhan ini cukup sinonim dengan kemerdekaan. Mahu tidak mahu, kita sebagai umat Islam wajib untuk melaksanakan ibadah puasa yang merupakan latihan rohani dan jasmani. Pelik dan hairan apabila melihat ramai yang masih ingkar akan suruhan Allah walaupun syaitan telah dirantai pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita sebenarnya berhadapan dengan hawa nafsu yang sentiasa cuba menyimpangkan manusia. Nafsu jika tidak ditunggangi oleh akal yang waras akan memacu kita ke arah kebinasaan hatta kita berada dalam bulan yang mulia sekalipun. Peristiwa yang menggambarkan kedegilan nafsu ini telah dirakamkan dalam sebuah kitab karangan Utsman b. Hasan b. Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama pada abad ke XIII Hijrah. Setelah nafsu dicipta, Allah S.W.T berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di dalam neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMu dan Kamu adalah Tuhanku." Melalui kisah ini, kita perlu mengambil iktibar tentang kesombongan dan keangkuhan nafsu. Kita perlu menggandakan amalan dan mendapatkan sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan dalam usaha membebaskan diri dari rantaian nafsu. Mungkin, Ramadhan pada tahun ini adalah peluang kita yang terakhir untuk memburu Lailatulqadar.


[Artikel ini disiarkan dalam Risalah Jumaat 29 Ogos 2008]


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Salam Kemerdekaan ke-51 pada semua mahasiswa dan mahasiswi UTM. Semoga kita sama-sama memerdekakan diri kita daripada segala aspek penjajahan...

17 Aug 2008

Agenda Terdekat..

Salam inspirasi...
Antara poster-poster agenda terdekat di UTM. Hanya sekadar untuk berkongsi.


Poster Jom Balik Kampong!!!


Poster Pesta Konvo ke-41

Pada sahabat-sahabat yang pulang bercuti ke kampung halaman, Selamat Bercuti diucapkan. Jaga keselamatan diri anda. Hati-hati di jalan raya. Penulis agak terkejut dengan bilangan kemalangan yang berlaku dalam minggu ini dalam UTM ini. Hampir 4 kemalangan berlaku dalam 1 minggu dan bagi penulis ia merupakan satu angka yang agak besar. Baru-baru ini berlaku lagi kemalangan selepas kes Norhanan berhampiran simpang CP- Arked Meranti melibatkan motorsikal dan kereta Kancil. Moga-moga kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang jika sekiranya langkah berhati-hati telah diambil.

Di antara poster-poster yang menarik perhatian penulis ketika melayari internet baru-baru ini.





9 Aug 2008

Pelbagai Program Ketika Ini..

Salam muhasabah...

Hangat universiti kita ketika ini dengan pelbagai program dan pesta. Hampir dikatakan keseluruhan kolej-kolej kediaman mempunyai trade mark mereka sendir dalam menarik minat penghuni-penghuni mereka untuk menyertai progra/pesta yang mereka anjurkan saban tahun setiap kali adik-adik baru masuk ke UTM.

Bermula dengan KTC dengan program 3K (Karnival Kampung Kempas) mereka, dikuti oleh KRP yang terkenal dengan Fiestra mereka. KTF pada sesi kali ini tidak melepaskan peluang mereka dengan memperkenalkan Karisma. Walaupun pada ketika itu, MPP sedang mengadakan Hari Terbuka UTM dengan kerjasama DiGi. Dengan kehadiran Inteam sebagai artis undangan pada malam kemuncaknya mampu untuk menarik perhatian mahasiswa yang meminati nasyid. Manakala Hari Terbuka UTM diserikan dengan kehadiran Wahidda dan artis-artis DiGi yang lain.

Dan yang sedang berlangsung ketika ini adalah Festar oleh KTR, koleh kediaman penulis. KTR masih lagi mengekalkan konsep lama mereka iaitu SUKAN. Pelbagai acara dan pertandingan sukan diadakan bagi memeriahkan Fiestar pada kali ini. Semoga Festar bakal bermula dan berakhir dengan baik.

Di atas penulis telah menyatakan beberapa program/pesta yang terdapat sekitar UTM yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Masih ada lagi yang mungkin tidak penulis senaraikan antaranya Festival Kebudayaan baru-baru ini. Dan yang bakal berlangsung pada masa akan datang ialah Pesta Konvokesyen ke-41. Pihak penggerai amat menanti-nantikan kedatangan pesta-pesta seumpama ini. peluang untuk membuat duit akan terbuka luas, mahasiswa kita bakal berbelanja sebelum ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Persoalan yang ingin penulis kemukakan di sini, mengapa begitu banyak pesta diadakan dan program-program islamik sekadar menjadi sajian sampingan dalam mana-mana pesta? Kita selaku golongan mahasiswa bersama-sama berfikir akan persoalan ini. Dan jika kita dapat nilai apakah program yang menjadi sajian utama dalam setiap pesta yang diadakan? Pasti setiap orang akan mempunyai jawapan mereka yang tersendiri. Apa pun, yang paling penting kita kena pastikan setiap program yang kita anjurkan mempunyai nilai-nilai intelektual dan bukan sekadar suka-suka atau atas alasan melihatkan universiti kita ini sunyi dan pesta adalah jalan yang terbaik untuk mengisi kesunyian tersebut. Sama-samalah kita berfikir demi memartabatkan ilmu pengetahuan yang kita peroleh...

31 Jul 2008

Detik Ketika di Konvensyen MPP IPTA Se-Malaysia 2008

Salam Inspirasi buat semua mahasiswa UTM,


Penulis di konvensyen MPP IPTA 2008

Konvensyen MPP IPTA se-Malaysia baru sahaja melabuhkan tirai pada minggu lepas. bertemakan "Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara", konvensyen ini dihadiri oleh MPP dari semua pelusuk tanah air dari UniMeP hinggalah ke UMS. Pertembungan idealis mahasiswa memang tidak dapat dielakkan apabila upacara ilmiah seperti ini diadakan. Cukup bermakna apabila mahasiswa sendiri dapat berbicara dan mengeluarkan pendapat berhubung pelbagai isu dalam negara.

Suasana gamat terhasil apabila dipersoalkan tindakan penganjur mengadakan 3 kali ceramah berhubung tentang isu antara kaum yang selama ini kita mengaggap isu ini telah selesai kerana kita telah dapat hidup aman dan damai dengan 3 kaum utama dalam negara bertuah ini. sekumpulan anak muda India dari USM menyerbu ke arah penceramah untuk meminta penjelasan atas beberapa kenyataan yang dikatakan provokasi ke atas perpaduan kaum di Malaysia. Yang pasti, terdapat segelintir mahasiswa yang mampu berfikir daripada sekadar menerima bulat-bulat sahaja kenyataan yang dikeluarkan. Tahniah pada pimpinan mahasiswa yang dapat mengambil seberapa banyak mungkin ilmu, idea dan pengalaman di konvensyen MPP IPTA pada kali ini. Bagi penulis yang telah 2 kali melalui konvensyen ini, konvensyen pada kali ini lebih menampakkan kematangan dan kelantangan suara mahasiswa dalam berbicara.


Shahrin Azam bersama dengan sahabat MPP USM


Suasana yang tercetus sebaik sahaja ceramah berakhir


Tuan penceramah dalam Slot Bersama Tokoh Kepimpinan

From my lenser....


Antara MPP UTM yang hadir ke konvensyen ini


Sebelum forum Bicara Siswa dirakamkan


Turut sama dalam konvensyen kali ini


Beramah mesra dengan Y.B. Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

20 Jul 2008

Sepanjang Minggu ke-2 Sem 01 2008/09

Salam...

Kini penulis sudah bergelar pelajar tahun akhir di FKM yang disayangi. Dan bila tiba hari-hari terakhir yang bakal dilalui dalam menamatkan pengajian, akan terasa sekejapnya berada di UTM ini. Itu sudah pasti! Minggu ke-2 pengajian dilalui dengan pelbagai peristiwa. sudah terasa janggal untuk ke kuliah disebabkan cuti akhir semester sebelum ini. Tugasan demi tugasan sudah diterima. Ditambah dengan Projek Sajana Muda (PSM) pada tahun ini bakal memendekkan lagi masa untuk memikirkan perkara-perkara lain. Bertuah penulis rasakan kerana mendapat penyelia yang boleh dikatakan hebat di FKM. Prof. Dr.Roslan bin Abdul Rahman. Beliau juga mengajar penulis dalam subjek Getaran yang menjadi pra-syarat kepada PSM ini.

Parachute Simulator...

Satu lagi projek yang harus diurus ialah Parachute Simulator di bawah seliaan Dr. Mohd Kasim b. Abdul Jalil. Projek ini merupakan projek berkumpulan. Untuk mengikuti perkembangan projek ini, lawati www.systemdesign2008.wordpress.com yang bakal melaporkan aktiviti-aktiviti kumpulan penulis. Semoga projek ini berjalan dengan lancar diharapkan.

Konvensyen Kepimpinan Pengguna (19hb Julai 2008 )

Semalam penulis berkesempatan menghadiri satu konvensyen yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) dan Kementerian Perdagangan Dalam dan Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP) di Fak. Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK UPM). Bertempat di Dewan Kuliah Utama, konvensyen dihadiri oleh hampir 14 buah IPTA dan IPTS tempatan termasuk dari Borneo. Dalam konvensyen ini, isu semasa berkenaan kepenggunaan dikupas dalam bentuk ceramah, forum dan bengkel. Resolusi akhirnya adalah dalam membentuk Persatuan Pengguna di setiap IPT tempatan dalam menanam usaha melahirkan pengguna yang bijak.

Penulis melihatkan masalah utama yang sering kali dihadapi oleh pihak yang menganjurkan kempen kesedaran adalah sikap atau minda masyarakat yang kurang memberi sambutan kepada usaha-usaha untuk memberi kesedaran tentang hak-hak pengguna ini. Masyarakat kita di Malaysia masih lagi kurang cakna tentang hak dan peranan mereka selaku pengguna. Dengan kenaikan harga minyak kali ini yang bakal meningkatkan lagi tahap inflasi rakyat Malaysia terutama kepada gologan pertengahan dan bawahan.

Menarik untuk dikongsi bersama-sama pada post kali ini adalah tentang Debat mengenai Harga Minyak oleh agendadaily.net yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Shabery Chek dengan judul "Hari ni bentuk kerajaan, besok turun harga minyak". Layarilah youtube.com di bawah untuk melihat sendiri perkembangan debat tersebut.

  1. http://youtube.com/watch?v=JpOSE3Lt74U
  2. http://youtube.com/watch?v=B97iT4XkIZk
  3. http://youtube.com/watch?v=IbtDDEXowa4
  4. http://youtube.com/watch?v=qgSP9Z6s9b8
  5. http://youtube.com/watch?v=khtvrOmhQCw

13 Jul 2008

Daripada Mahasiswa Kepada Mahasiswa...

Assalamulaikum w.b.t.

Setinggi dan seinfiti mungkin kita panjatkan kesyukuran kita pada Allah S.W.T. atas segala nikmat kurniaanNya selama kita hidup di atas muka bumi ini. Dia masih lagi mengekalkan lagi dua nikmat yang paling besar dianugerahkan pada hambaNya iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Selawat serta salam ke atas rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. utusan ke sekalian alam, utusan terakhir yang membawa risalahNya sehingga kita pada hari ini bergelar seorang muslim. Tanpa pengorbanan dan susah payah baginda dalam menyampaikan risalah kebenaran ini, tidak mungkin kita mendapat sinar Islam dam sinar Iman tika ini. Dan tidak lupa juga setinggi rasa syukur kita kerana diberi peluang untuk menjejak kaki ke taman ilmu ini di mana bukan semua orang dapat merasainya. Hargailah peluang diberikan sebaik mungkin kerana ianya menjadi harapan kedua orang tua kita untuk melihat kita berjaya di menara gading ini.


Aku dah jadi seorang Mahasiswa???


Mungkin ada di antara adik-adik yang baru sahaja menjejak kaki di bumi UTM ini masih lagi tercari-cari apakah identiti yang seharusnya dipakai sepanjang berada di UTM selama mungkin 3 tahun hingga ke 4 tahun dari sekarang. Saat ini begitu penting bagi adik-adik dalam meletakkan matlamat yang hendak dicapai di kemudian hari. Adakah adik-adik ingin belajar bersungguh-sungguh dalam setiap matapelajaran yang diambil? Adakah adik-adik ingin aktif dalam berpersatuan di samping ingin berjaya juga dalam akademik? Atau adik-adik sekadar ingin belajar cukup-cukup makan dan enjoy dengan kehidupan muda di universiti ini? Semua pilihan ini terserah pada adik-adik dalam mencorakkan kehidupan adik-adik di universiti ini. Cuma satu pesanan dari kami, pandai-pandailah memilih sahabat kerana sahabat inilah yang akan menentukan di mana kedudukan adik-adik pada masa akan datang. Timbul atau tenggelam masa depan adik-adik bergantung kepada setiap langkah yang adik-adik buat ketika ini.


Apa tujuan hidupku???


“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”
[az-Dzariyat, ayat 56]

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

[al-Baqarah, ayat 30]


Dua ayat al Quran yang di bawakan di atas cukup jelas menerang dua core bisnes kita di atas dunia ini. Kita diutuskan oleh Allah S.W.T ke dunia ini untuk menjadi hambaNya yang taat di samping menjadi khalifah/pentadbir kepada dunia ciptaanNya ini. Persoalan yang ingin penulis timbulkan di sini, Bagaimana kita selaku mahasiswa Islam mengaplikasikan kedua-dua tanggungjawab ini dalam kehidupan kampus kita ini? Tidak dapat tidak setipa daripada kita bertanggungjawab dalam melakukan amar maaruf dan nahi mungkar dalam setiap apa jua aktiviti yang berlaku sekitar kampus kita ini. Jauhilah perkara maksiat ketika menuntut ilmu kerana ilmu itu nur (cahaya) dan sesungguhnya cahaya tidak akan masuk ke dalam hati pembuat maksiat. Sensitif dan responsiflah dengan keadaan semasa kampu kita kerana kita merupakan golongan intelektual terpilih daripada beribu-ribu lagi insan yang yang berusaha untuk mendapat peluang seperti kita.


Harapan kami....


Buat akhirnya, carilah majlis-majlis ilmu atau taman-taman syurga Allah di dalam UTM ini. Banyak pengisian-pengisian yang disediakan pihak pentadbiran Masjid Sultan Ismail dan juga Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Penuhilah kuliah-kuliah tafaquh yang diadakan pada setiap pagi dan petang. Sertailah liqa-liqa perbincangan tentang Islam bagi menambahkan lagi kefahaman kita terhadap agama yang kita cintai dan anuti ini. Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang mendambakan rahmat dan kasih dariNya. Selamat maju jaya untuk harapan baru UTM demi inspirasi baru kepada agama, bangsa dan nagara.Wassalam..



[Artikel ini diterbitkan khas bersempena kedatangan adik-adik baru sesi 2008/09 ke Universiti Teknologi Malaysia dalam Seruan Jumaat edisi ke-2. Semoga adik-adik maju jaya dalam pelajaran dan kehidupan di kampus adik-adik.]

10 Jul 2008

Pemergian Nenek Tercinta Membawa Seribu Satu Kenangan...

1 Julai 2008 ketika senyum adik-adik yang baru melangkah masuk ke taman ilmu ini masih lagi segar, masih lagi melekat pada bibir mereka, DIA datang menjemput kembali nenekku ke pangkuanNya. Dalam keadaan agak sukar untuk menerima kenyataan ini, hati ini harus pasrah dengan ketentuanNya. Nenek ku milikNya. Kita semua adalah milikNya dan nyawa kita adalah pinjaman daripadaNya.

Apa pun yang berlaku, hidup ini kita harus diteruskan. Yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Yang mampu aku lakukan adalah mendoakan kesejahteraan arwah di sana, tempat yang bakal menempatkan sekalian insan termasuklah diri kita yang kerdil ini. Seminggu ku tidak melihat blog ini, kadang-kadang formal dan kadang-kadang santai pengisinya ku rasakan. Inilah target ku untuk blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih pada sahabat yang melawat.

Terasa satu kerugian dalam diri ini bila Minggu Haluan Siswa sesi ini tidak dapat ku tempuhi sehingga ke akhirnya. Sekembalinya aku ke kampus, pelbagai cerita-cerita indah dan manis telah mereka ciptakan ketika ketiadaanku. Yang paling penting, segala keperluan adik-adik freshies dalam persediaan untuk menempuhi alam kampus ini diharapkan dapat dibekalkan sedikit sebanyak sepanjang MHS ini berlangsung. Mesti penatkan uruskan PTPTN adik-adik baru ni? Moga adik-adik ini berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan oleh abang-abang dan akak-akak agen kita di semua kolej.

InsyaAllah, post yang akan datang bakal diserikan dengan wajah-wajah gembira adik-adik freshies sepanjang MHS melalui lensa kemeraku. Anda adalah harapan baru yang bakal menjadi inspirasi baru kepada UTM tercinta kita ini.

25 Jun 2008

Selamat Datang Buat Adik-adik ku!!!

Salam inspirations...

Kelihatan muka UTM kini makin berseri-seri. Tidak lama lagi kita bakal menerima kehadiran tetamu dari segala pelusuk tanah air kita ini. Sesuatu yang amat dinanti-nantikan, semoga adik-adik ini bakal meneruskan dan mecambahkan penyuburan ilmu pengetahuan di UTM ini pada masa akan datang. Selamat Datang diucapkan pada adik-adik tersayang..Kami menanti dengan tangan yang terbuka.

Mungkin dalam post kali ini, penulis ingin berkongsi saat suka duka ketika mengikuti Kursus Induksi Minggu Haluan Siswa di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Port Dickson pada 20-22hb Jun baru-baru ini. Banyak perkara dan pengalaman baru yang diperolehi dan memperingatkan kembali ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Pada hari terakhir di sana, ketua fasilitator membuat rumusan yang cukup ringkas tapi sarat dengan panduan yang boleh dipetik dan dihadam oleh kita pelajar kanan yang bakal menjadi penyambut kepada freshies. Kita bakal menjadi muka depan UTM di mata ibu bapa freshies ini. Oleh itu, good luck pada muka depan- muka depan UTM. Moga Allah jua yang bakal membalas segala jerih perih mu dalam membuka lembaran baru dalam kehidupan buat adik-adik baru kita ini.


11 Jun 2008

Peranan Kita Mahasiswa dalam Isu Semasa Negara: Satu Persoalan?

Salam inspirasi pada semua....


Dalam kita menempuh cuti kita yang hanya berbaki beberapa minggu lagi ini, pelbagai isu panas dan hangat muncul di tanah air tercinta kita semua ini. Rakyat kini berdepan dengan satu krisis yang bakal tidak berkesudahan. Itu yang dapat penulis rumuskan atas apa yang berlaku dalam negara kita.


Minyak oh Minyak...


Isu yang cukup sensitif bagi sesetengah pihak namun ianya amat penting untuk diperhalusi kerana ‘emas hitam’ ini begitu penting pada sesebuah negara membangun seperti Malaysia. Walaupun telah dikurniakan oleh Allah sebagai sebuah pengeluar minyak yang berkualiti di dunia namun kita masih lagi berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak. Disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh Amerika Syarikat yang ketika ini menghadapi masalah kelembapan ekonomi, satu dunia menerima padah. Malaysia juga tidak terkecuali. Rakyat rata-rata masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa harga minyak di pasaran kini ialah RM 2.70! Penulis juga berpendirian sebegitu. Ianya bakal membebankan rakyat bawahan terutamanya masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah. Apatah lagi jika kita mahasiswa di IPTA ini yang hanya mempunyai pinjaman PTPTN sahaja. Rakyat bakal terbeban dari hari ke hari mendatang.

Apa yang berlegar dalam fikiran penulis adalah kesan ekonomi dan sosial yang dibawa oleh kenaikan harga minyak ini. Kos sara hidup rakyat Malaysia bakal meningkat. Rakyat semakin dihimpit. Kemungkinan besar paras kemiskinan tegar rakyat Malaysia bakal meningkat. Apa yang lebih penting lagi ialah usaha yang dilakukan selama ini untuk mengurangkan paras kemiskinan tegar ini akan menjadi sia-sia jika ekonomi masyarakat Melayu merosot. Jadi apa gunanya Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggantikan DEB dan pelbagai dasar lagi yang dibentuk oleh kerajaan dalam mengimbangi sosio-ekonomi antara kaum di negara kita ini?

Dari sudut sosial pula, penulis melihatkan bahawa kes-kes jenayah seperti mencuri, meragut dan merompak akan meningkat disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat ini. Tanpa ajaran atau didikan agama yang kukuh kes jenayah ini pasti sukar untuk ditangani. Dua aspek ekonomi dan sosial inilah yang penulis bimbang akan menyusul selepas naiknya harga minyak di pasaran. Mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan kajian untuk mengkaji kesan kenaikan harga minyak yang mendadak ini ke atas kehidupan rakyat.


Majlis Fatwa jadi tempat rujukan


Kedengaran di sini sana sedang sibuk membincangkan hukum hakam sesuatu perkara yang bakal atau telah dilakukan oleh beberapa pihak. Isu hukum caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada haram atau tidak dan hukum peraduan yang dianjurkan oleh Celcom: 100 hari 100 kereta sama ada judi atau tidak, kedua-duanya kini menjadi perhatian umum. PTPTN menjadi pilihan kebanyakan mahasiswa Islam Melayu dalam usaha untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Malaysia. Walaupun isu ini sudah lama dipersoalkan kedudukan status halal atau haramnya, namun kini kita seharusnya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada pihak PTPTN untuk merujuk kepada JAKIM dan Majlis Fatwa. Saranan agar caj perkhidmatan itu diubah atau dikaji balik disambut baik oleh golongan mahasiswa Islam terutamanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak PTPTN kerana melegakan kerisauan sebahagian besar mahasiswa di IPT.

Begitu juga dengan isu pengiklanan oleh Celcom yang dikatakan judi oleh sesetengah pihak. Pihak Celcom sendiri bersutuju agar ianya dikaji balik. Ini meneunjukkan bahawa peranan institusi agama Islam di Malaysia masih lagi mampu menjadi rujukandalam kes-kes yang membabitkan hal ehwal Islam. Contohnya, apabila cadangan penggunaan dakwat kekal daripada India oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini juga merupakan antara langkah yang bijak oleh kerajaan. Penulis melihatkan fungsi institusi agama Islam perlu diperbanyakkan bagi memberi peluang untuk rakyat beragama Islam untuk hidup dalam keadaan selesa dan tanpa ragu-ragu dalam hukum hakam.


Kedaulatan Malaysia tergadai????


‘Win win situation’ yang diperkatakan oleh bekas Menteri Hubungan Antarabangsa apabila negara kita gagal dalam pembicaraan menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik Malaysia. Oleh kedudukan berada sekitar Johor di mana UTM di tempatkan, seharusnya isu ini menjadi perhatian kepada kita golongan mahasiswa. Apa pun yang terlepas mustahil untuk diperoleh kembali. Persoalannya di mana usaha kita selaku mahasiswa dalam isu ini? Selaku rakyat Malaysia yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dari rakyat yang lain, mahasiswa seharusnya terkehadapan dalam isu ini. Begitu juga golongan intelektual di universiti-universiti, apa yang telah kita lakukan? Kita merupakan orang terpelajar, tapi sumbangan kita kepada negara hanya sekadar di dalam skop kerja sahaja. Masyarakat luar memerlukan pertolongan kita sebenarnya untuk mengatasi kemelut-kemelut yang melanda negara kita. Tapi kita hanya sekadar mendiamkan diri.

Kemungkinan-kemungkian kes-kes tuntutan yang lain juga bakal dihadapi oleh Malaysia pada masa akan datang. Kes Pulau Pisang dan tuntutan Sabah oleh kesultanan Sulu mungkinkah menerima nasib seperti kes Pulau Batu Putih apabila dibangkitkan? Kita sama-sama akan menyaksikan kehebatan peguam negara kita beraksi di pentas dunia jika perkara ini benar-benar terjadi.


Apa mahasiswa buat????


Apa yang perlu dipersoalkan adalah di mana kita, mahasiswa dalam isu-isu besar negara seperti ini? Kita tengah bergembira berada di kampung halaman tatkala krisis besar melanda negara kita. Banyak lagi isu yang memerlukan perhatian serius kerajaan untuk diatasi segera demi kepentingan rakyat terutamanya. Di sinilah pentingnya pemimpin yang berkebolehan dan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding perkara-perkara lain. Oleh itu, penulis menyeru dan menggesa agar mahasiswa terutamanya di UTM sendiri agar peka pada perubahan semasa negara di mana kitalah yang bakal mengisi kemerdekaan pada masa akan datang. Majulah mahasiswa untuk negara tercinta!!!

17 May 2008

Selamatkan Terengganu, Tanah Tumpahnya Darahku....



Salam inspirations...salam mahasiswa..
Sebagai anak Terengganu yang prihatin, penulis sekadar menyebarkan tentang perkara penting bagi meneruskan kelangsungan pembangunan di negeri tercinta penulis. Semoga kempen ini bakal memberikan keadilan yang sepatutnya kepada rakyat negeri Terengganu dan sedikit sinar harapan kepada kemajuan negeri Terengganu. Lawati website http://www.mampat.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut. (",)

30 Apr 2008

Selamat Bercuti dan Pulang ke Kampung Halaman.....

Salam Inspirations, Salam harapan....

Alhamdulillah kita telah berjaya mengharungi salah satu detik getir selaku mahasiswa pada penghujung semesta ini. Semoga ianya bakal membuahkan hasil yang elok di kemudian hari.


Hangat diperkatakan kini tentang sidang Dewan Rakyat yang bakal menyaksikan perbahasan yang mungkin berbeza daripada sidang-sidang yang lepas. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah telah selamat merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi (30hb April 2008). Baginda telah bertitah agar semua pihak terutamannya ahli Dewan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU ke-12 menggunakan dewan yang mulia ini untuk menyampaikan idea yang bernas bagi membela nasib rakyat dan membangunkan lagi negara tercinta kita ini. Ahli Dewan Rakyat diminta untuk tidak menyalahgunakan peluang yang diberi untuk kepentingan sesetengah individu. Justeru, apa peranan kita selaku mahasiswa dalam isu ini? Satu persoalan yang kita sama-sama perlu fikirkan. Saranan daripada kepimpinan mahasiswa agar kita semua mengikuti perbahasan secara ilmiah sesuai dengan kedudukan kita di menara gading ini.



Satu lagi isu yang menjadi ancaman kepada kita umat Islam di Malaysia ialah kedatangan dua warga Israel dalam pasukan Chelsea iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim yang bakal merubah pandangan masyarakat Islam dunia kepada Malaysia. Persolannya mengapa perkara sebesar ini dipandang enteng oleh sesetengah pihak? Padahal kita semua tahu bahawa Malaysia selaku kepimpinan OIC menjadi ketua dalam menentang keras tindakan yang dilakukan golongan zionis ini oleh terhadap masyarakat Palestin. Adakah rakyat Islam di Malaysia begitu kemaruk untuk melihat pasukan kesukaan mereka beraksi sehingga mengetepikan isu sensitif ini? (untuk pengetahuan semua, penulis merupakan peminat setia kepada pasukan ini). Bagi pendapat penulis, perkara ini sangat-sangat wajar untuk dipertimbangkan balik oleh pihak yang berkuasa agar maruah Malaysia di mata dunia Islam tidak akan diperlekehkan di masa akan datang.


Drogba dan Lampard


The unbeatable Chelsea!


Avram Grant


Tal Ben Haim

Dan buat akhirnya, kami bagi kepimpinan mahasiswa mengucapkan selamat bercuti pada adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian. Penuhi cuti yang panjang ini dengan perkara yang berfaedah pada semua. Dan tidak dilupakan bakal yang bakal bergraduasi semesta ini dan yang bakal mendirikan rumahtangga tahniah diucapkan. Selamat menempuhi alam dewasa dan mengharunginya dengan jaya. InsyaAllah......

17 Apr 2008

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester!

Salam mahasiswa, salam Inspirations.......

Sekali lagi peperiksaan akhir semeter datang sama ada diundang atau tidak..Ia pasti membuat kita memuhasabahkan diri sepanjang semester ini. Sejauh manakah pencapaian akademik kita pada semester ini?

Daripada kami selaku kepimpinan, teruskan usaha anda sehingga kita sama-sama menggapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Niatkan semua ini ikhlas kerana Allah S.W.T. dan kepercayaan agama masing-masing. Beruntungnya umat Islam ini kerana dalam situasi bagaimana pun kita tetap mendapat kebaikan. Ketika result meningkat kita akan bersyukur dan ketika result kurang memuaskan kita akan bersabar. Kedua-duanya merupakan sifat yang mahmudah dalam Islam.

Teruskan ikhtiar dan usaha untuk maju ke hadapan...segulung ijazah bakal pengganti usaha kita selama ini. Dan kepada yang bakal graduasi TAHNIAH daripada saya. Jadilah insan yang bakal mencorakkan masyarakt ke arah yang lebih menghayati hakikat kehidupan dan agama Islam.

9 Apr 2008

Satu Malam Bersama Pak Guard......

Hari ini cukup bertuah bagiku...hehehe...kantoi kat pak guard. Memberikan aku seribu satu pengalaman yang baru dan mengingatkan apa yang aku hampir lupakan...Satu persatu kes disingkapkan oleh beliau tentang yang pernah berlaku di UTM yang kita cintai ini.

Mungkin ada pihak yang tidak berapa bersetuju apabila perkara ini kita bincangkan di khalayak umum. Namun kita kadang kala perlu mengingatkan pihak-pihak yang terlalai seketika, terlalu asyik berada di kerusi empuk sehingga lupa apa yang terjadi di bawah..ada anak-anak yang tersilap memilih cara hidup, ada anak-anak yang tersesat dan ingin mencari jalan pulang. Jadi siapa seharusnya berperanan paling utama dalam membantu sahabat-sahabat kita ini.

Terbaru aku difahamkan tentang kes yang tiada siapa yang dapat jangkakan. Dia Maha Menentukan. Pak cik guard tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku di sebuah kolej apabila satu pasangan pelajar ditangkap ketika dalam keadaan yang memalukan. Cukup mendukacitakan kata beliau. Pelajar perempuan kita ditangkap bersama dengan pelajar antarabangsa! Di mana keintelektualan kita itu? Adakah kita campakkan ke longkang semata-mata keseronokan sementara? Adakah kita ketika ini masih lagi pelajar di bangku sekolah? Mungkin banyak lagi kes seumpama ini berlaku berlaku di taman ilmu kita ini namun kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Begitu liciknya kawan-kawan kita dalam membuat perkara-perkara maksiat sehinggakan tidak terhidu oleh pihak-pihak lain.

Cadangan daripada pihak keselamatan juga perkara yang penting untuk dititikberatkan. Mereka melihat dunia kampus ini melalui kaca mata mereka. Sebagai orang lama dalam menjaga keselamatan dan keharmonian UTM ini kita seharusnya memandang serius setiap pandangan atau teguran daripada pihak mereka. Dan amat diharapkan UTM mampu dalam menangani masalah sosial yang dilihat semakin kritikal ketika ini. Pada pandangan saya, jika kita mampu untuk mengurangkan/membasti gejala membonceng motosikal di kalangan siswa-siswi, kita akan mampu untuk mengurangkan gejala sosial di UTM ini. Semua pihak harus memainkan peranan mereka masng-masing.

Sekadar itu dulu perkongsian tentang cerita terbaru di UTM yang sampai ke telinga saya. Di musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi saya dan pihak Jabatan Kerohanian dan Sosial MPMUTM 2007/08 mengucapkan selamat maju jaya pada sahabat-sahabat sekalian. Berusahalah ke arah kecemerlangan akademik demi Islam. Niatkan kejayaan kita ikhlas kerana Allah. Itu adalah langkah yang terbaik..Alhamdullillah Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat dapat berlangsung dengan baik pada hari ini. Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang. Kehadiran kalian cukup kami hargai..

2 Apr 2008

Ayuh Mahasiswa Kita Bangkit dari Tidur yang Panjang....

Salam mahasiswa...

Sekali lagi dunia Islam gempar..Kali ini al-Quran menjadi tumpuan dunia lagi. Belanda bakal menerima akibatnya atas pengeluaran filem oleh soeorang individu yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah antara usaha-usaha Barat dalam memburukkan Islam dan merendahkan martabatnya sedangkan Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak akan ada agama lain di sisiNya kecuali agama Islam.

Apa yang bakal berlaku kepada Belanda(Holand) bergantung pada kesedaran umat Islam dunia ketika ini. Timbul persoalan, di mana peranan mahasiswa Islam dalam duduk perkara ini? Adakah kita masih berada dalam keadaan selesa dan enak dibuai mimpi-mimpi indah ketika dunia Islam diserang di setiap genap penjuru?Tepuk dada dan tanya iman kita masing-masing. Di akhirat nanti kita akan dipersoalkan tentang pekerjaan kita di dunia ini. Bila Allah persoalkan kita "Di manakah kamu ketika agamaKu dihina oleh kafir musyrikin?". Adakah anda akan menjawab "Kami busy ngan study dan assignment kami"? Atau anda akan menjawab "Kami tidak tahu tentang hal itu"? Sama-sama kita fikirkan.

Malam semalam (31/03/2008) bertempat di hadapan Dewan al-Ghazali, MSI beberapa pimpinan utama persatuan-persatuan Islam di UTM dengan MT MPP telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan tentang isu penghinaan terhadap agama Islam ini oleh Geert Wilders. Mesyuarat ini juga melibatkan beberapa pengerusi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa yang berminat untuk turut terlibat dalam menzahirkan pendirian kita berhubung perkara ini. Terima kasih saya ucapkan atas sokongan sahabat-sahabat yang terlibat. Diharapkan agar apa yang kita rancang ini menjadi jawapan di akhirat kelak dalam membela agamaNya.

Maka, suka untuk saya menyeru pada yang sedar untuk kita sama-sama kejutkan kawan-kawan kita yang sedang lena. Bangkitlah dari tidurmu wahai bakal intelektual Islam! sama-sama kita bangkit untuk bersuara agar agama yang kita anuti dan sayangi ini tidak akan dipijak sewenang-wenagnya lagi pada masa akan datang. Boikot BELANDA!!!!!!






29 Mar 2008

Forum : Menanti di Barzakh anjuran Biro Kerohanian Kolej 16&17

Salam mahasiswa.....

Insyallah ni adalah progrm terakhir semester ini bagi Jabatan Kerohanian & Sosial, MPP 2007/08 di samping solat hajat perdana (10 April 2008) bersempena ketibaan peperiksaan akhir semester II 2007/08 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Harap sahabat-sahabat yang berminat dalam forum ni dapat datang memeriahkan suasana di samping menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam agama tentang sesuatu yang PASTI akan datang dalam setiap hidup manusia terutamanya bagi yang muslim..


poster program


banner program

26 Mar 2008

Intellectual Religion Conference: Satu Pendekatan

Salam mahasiswa....
Intellectual Religion Conference yang diadakan oleh Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK) dengan Jabatan Kerohanian & Sosial MPP 2007/08 telah berjaya diadakan pada 22hb & 23hb Mac 2008 yang lepas. Di sini dipaparkan suasana ketika program tersebut berlangsung..



Penceramah yang dijemput khas daripada Kuala Lumpur


Antara sahabat-sahabat yang turut serta dalam program ini


Penyampaian hadiah diakhir program..harap bertemu lagi pada
lain masa

19 Mar 2008

Mahasiswa Islam dalam Mendepani Cabaran Masa Depan

Negara kita pada 8 Mac 2008 yang lepas baru sahaja melalui satu proses demokrasi dalam memilih pemimpin. Umum telah mengetahui perkara ini. Pilihanraya umum merupakan satu medan untuk rakyat memilih masa depan yang ingin dikecapi dalam masa 4-5 tahun yang akan datang. Apa yang ingin dibangkitkan oleh penulis di sini bukan berhubung soal politik tetapi perkara yang lebih besar lagi adalah adakah mahasiswa kini mengambil bahagian dalam menetukan halatuju negara kita? Rata-rata kita lihat hari ini mahasiswa semakin hilang taringnya dalam menjadi role model kepada masyarakat luar. Sifat keintelektualan kini terkakis dan semakin jauh daripada dunia mahasiswa. Mahasiswa kini berdepan dengan satu cabaran atau budaya yang dapat menggagalkan matlamat mereka untuk menuntut ilmu di menara gading ini. Budaya hendonisme bukan sahaja membarah di dalam masyarakat luar di negara kita namun lebih malang lagi golongan mahasiswa juga tidak terkecuali.


Mahasiswa Selaku Modal Insan Masyarakat


Bagaimana seharusnya seorang mahasiswa berketerampilan di tengah-tengah masyarakat pada dewasa ini? Lebih-lebih bagi kita yang beragama Islam? Persoalan yang sepatutnya kita muhasabahkan setiap kali kita melihat kes-kes sosial yang berlaku melibatkan mahasiswa terpapar di dada-dada akhbar arus perdana. Isu pelajar universiti bekerja di pub-pub, ditangkap khalwat, melahirkan anak luar nikah dan pelbagai lagi masalah sosial yang lain melibatkan mahasiswa seharusnya menjadi tumpuan dan kebimbangan kepada para intelektual dan ilmuan. Perkara-perkara sedikit sebanyak telah menjatuhkan martabat golongan mahasiswa yang seketika dulunya dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Apakah kita tidak mengambil pengiktibaran yang telah Allah turunkan pada umat-umat terdahulu akibat kelalaian dan keingkaran mereka dalam mematuhi hukum-hukumNya. Dan kita kena tanam dalam minda kita bahawa kemurkaan Allah itu bukan sahaja dicampakkan kepada mereka yang melakukan perbuatan mungkar tersebut bahkan mereka yang beriman juga akan terkena tempiasnya sekali. Justeru itu, wajar bagi setiap di kalangan kita untuk menegur sahabat-sahabat kita apabila melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah S.W.T. Mahasiswa Islam seharusnya menjadi contoh teladan kepada sahabat-sahabat kita yang bukan beragama Islam. Janganlah kita menjadi fitnah kepada Islam akibat akhlak kita yang tidak terjaga.


Hakikat Segulung Ijazah


Suka untuk penulis berkongsi tentang pandangan seorang pensyarah apabila mendapati pelajarnya kurang mengambil endah tentang keadaan semasa negara. Pensyarah tersebut telah memberikan satu contoh yang cukup untuk membuatkan kami berfikir tentang betapa peri pentingnya mengambil tahu tentang hal ehwal semasa negara agar kita tidak ketinggalan dan dituduh sepeti katak di bawah tempurung. “Andaikan suatu hari nanti kamu pergi ke tempat kerja. Dan mendapati suasana sunyi dalam perjalanan ke tempat kerja, adakah kamu masih tidak menghiraukan lagi keadaan ketika itu? Nanti malu UTM la apabila kamu pergi ke tempat kerja ketika perintah berkurung berkuat kuasa”, kata beliau pada kami. Inilah akibat yng bakal berlaku jika tidak mengambil cakna perkembangan semasa. Realitinya, kita tidak hidup bersendirian. Terdapat banyak pihak yang terlibat dalam hidup kita. Samada secara langsung atau tanpa kita sedari. Dan perkembangan semasa ini sedikit sebanyak boleh mengubah perancangan kehidupan kita. “Life is not just about a piece of degree”.


Muhasabah Selaku Kepimpinan


Bagi yang memegang apa jua amanah di dalam kampus ini, samada yang berbentuk persatuan pelajar, agama atau akademik kita wajar untuk mengambil sedikit pengiktibaran tentang keadaan suasana dalam negara ini selepas pilihan raya umum ke-12. Kesatuan dalam berorganisasi merupakan tunjang utama dalam mencapai matlamat akhir persatuan/badan yang kita bawa. Jangan kita sesekali mengedahkan peranan atau saranan orang bawahan kerana kadang-kadang pendapat dan idea di peringkat bawahan ini dapat menampung kekurangan yang mungkin kita tidak nampak di peringkat atasan. Berusahalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup is the best and only option we do have. Wassalam....


“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”



[Artikel ini telah disediakan untuk dimuatkan dalam keluaran Seruan Jumaat, Persatuan Mahasiswa Islam UTM pada 21hb Mac 2007]

Selamat Meyambut Maulidur Ar-Rasul 1429H!

14 Mar 2008

Sekitar Road Tour Bacaan Yaasin ke-5: Kempen Solat Berjemaah


Bacaan Yaasin dan tahlil yang diketuai oleh saudara Taufek


Ketika Open Talk MPP berlangsung


Hadirin yang hadir meraikan kedatangan MPP ke kolej mereka


Al fadil Ustaz Ismail Mustari ketika menyampaikan ceramah beliau


Saudara Ashraf ketika menyampaikan cenderamata kepada penceramah


Sedikit cenderamata buat tuan rumah daripada pihak penganjur

12 Mar 2008

Muhasabah Buat Insan Bergelar Pemimpin

Salam mahasiswa dan salam perjuangan....
Perjuangan menuntut ilmu tidak akan sesekali putus dalam kehidupan kita selaku mahasiswa yang sejati. Pengorbanan yang tinggi diperlukan oleh setiap mahasiswa dalam menempuh perjalanan jauh ini. Ada yang kukuh berdiri dan bertahan dalam rangka usaha mendapatkan segulung ijazah namun tidak lupa juga ada yang tersungkur sebelum tiba ke garisan penamat. itulah lumrah kehidupan seorang bergelar mahasiswa. Oleh itu, teruskan usahamu wahai sahabat-sahabat mahasiswaku!....

Masih belum terlambat lagi kalau saya di sini untuk berbicara tentang Pilihanraya Umum Ke-12 yang lepas. Pelbagai pandangan dan reaksi segenap golongan masyarakat Malaysia berhubung keputusan pilihanraya kali ini. GEMPAR!!!.Kalau itulah istilah yang paling sesuai dapat saya gunakan dalam menggambarkan pandangan saya tentang keputusan yang telah diambil oleh majoriti rakyat kita dalam menetukan masa depan mereka sendiri. Ada pihak yang terkejut dengan kemenangan yang diperoleh. Tidak kurang juga yang hampir tidak percaya akan kekalahan yang dialami. Itulah adat dalam bertanding. Samalah seperti pilihanraya kampus kalau kita nak bandingkan tapi dalam konteks yang lebih luas.

Apa yang lebih penting bukan menang atau kalahnya kita dalam pertandingan ini, tapi yang lebih penting lagi adalah adalah sejauh mana kita mengetahui penerimaan golongan bawahan/masyarakat terhadap kepimpinan diri kita ini. Maka, pilihanraya umum kali ini cukup-cukup bermakna bagi insan bergelar pemimpin. Saat ini adalah satu muhasabah yang perlu kita pandang dengan tumpuan yang sepenuh hati dan bukan main-main. Apa yang kita lakukan dengan amanah atau kepercayaan yang telah diberikan oleh golongan bawahan kepada kita selama ini?Adakah semua itu kita telah pikul dengan rasa tanggungjawab dan jadikannya matlamat selama mana kita berada di tampuk kepimpinan? Inilah perkara yang patut setiap pemimpin seperti saya lebih-lebih lagi perlu muhasabahkan. Oleh itu, teguran membina daripada sahabat-sahabat mahasiswa amatlah diperlukan dalam mencapai tujuan tersebut. MPP bukan sekadar satu persatuan semata-mata malah ia merupakan pejuang kepada kebajikan mahasiswa....

20 Feb 2008

Mahasiswa dan Sistem Demokrasi Berparlimen

Salam mahasiswa.....
Negara kita ketika ini hangat dengan kempen pilihanraya umum ke-12. Satu lagi masa yang boleh dikatakan amat penting kepada masa depan negara kita. Tapi apa yang sangat menyedihkan kita apabila penglibatan mahasiswa dilihat amat kurang dalam perkara besar seumpama ini. Rata-rata apabila ditanya adakah mereka ini akan pulang ke kampung untuk membuang undi pada pilihanraya ini, boleh dibilang dengan jari bagi mereka yang berkeinginan untuk berbuat demikian.
Inilah realiti keadaan mahasiswa di IPT seluruh negara umumnya dan mahasiswa UTM khasnya ketika ini.

Baru-baru ini apabila ditemuramah oleh stesen TV1 RTM bersama-sama dengan sahabat yang lain, masalah yang sama diutarakan. "Bagaimana kalau kita mahu menyelesaikan masalah mahasiswa yang tidak mahu/dapat pulang ke kampung untuk membuang undi mereka?". Soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh saya. Itu yang saya rasakan. Saya beranggapan jika masalah ini lahir berakar umbikan daripada sifat mahasiswa itu sendiri yang kurang mengambil cakna perkembangan semasa negara. Mahasiswa disibukkan dengan tugasan harian iaitu belajar, sehingga terdapat segelintir apabila ditanya tentang PRU ke-12 ini mereka berkata perkara itu tiada kaitan pun dengan kita.

Lihatlah betapa mahasiswa sekarang telah jatuh martabatnya jika dibandingkan dengan mahasiswa yang ketika dulunya mampu menyumbang sedikit sebanyak idea kepada isu pembangunan negara. Kita tidak menyelesaikan masalah ini jika mahasiswa ini sendiri tidak sedar akan kekurangan diri mereka. Di MPP kami hanya sekadar mampu untuk membuat dan mengedar risalah untul mahasiswa turun mengundi atau pun paling kurang kami memohon disediakan pengangkutan bagi mahasiswa-mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab selaku warganegara Malaysia yang ingin pulang ke kampung untuk turun mengundi.

Diharapkan agar sahabat-sahabat yang sedar akan kepentingan turun untuk membuang undi dapat menasihatkan sahabatnya yang lain.
TURUNLAH MENGUNDI DEMI MASA DEPAN NEGARA DAN ANDA

19 Feb 2008

Gambaran Sekitar Mesyuarat Kebajikan sesi II 2007/08

Salam mahasiswa,
seperti yang dijanjikan pada post yang lepas di sini saya ada paparkan beberapa suasana buat tatapan semua. Mesyuarat kebajikan yang di mana seharusnya dijadikan medan penting kepada MPP dalam mengutarakan masalah-masalah kebajikan mahasiswa UTM.


Wakil daripada JKM-JKM juga dijemput untuk turut serta memberikan cadangan
dan penyelesaian


Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' TNCHEPA


Sahabat MPM dari UTM KL dan saudara Presiden MPP

Dato' TNCHEPA mengambil tempat duduk

Total Pageviews