Pages

3 Jul 2012

Bola itu Politik...

 Kes 1
Dia (Torres) di awal UERO 2012 nasibnya tidak ketentuan. Tempatnya di dalam skuad Spain masih belum disimenkan betul-betul. Del Bosque sedia menerima Torres andaikata dia perform di akhir season lepas, dan kehebatannya dalam Champion League akhirnya dapat memastikan tempatnya di dalam skuad La Rhoja. Dan, tanpa disangka-sangka dia berjaya merangkul anugerah Kasut Emas di akhir EURO 2012 hasil 3 gol dan 1 assist untuk gol Juan Mata!

Torres meraikan jaringannya di final EURO 2012


Kes 2
Semua sedia maklum, wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Dr. Morsi baru-baru ini telah berjaya memenangi pilihanraya presiden Mesir mengatasi wakil parti bekas presiden. Namun, ada sesetengah yang belum maklum akan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini menghadapi pelbagai rintangan dan presiden Mesir yang baru ini juga pernah merasai pengalaman dipenjara seperti pemimpin-pemimpin Ikwanul Muslimin yang sebelumnya. Segala ucapan tahniah diucapkan dan segala puji bagi Allah yang menentukan ketetapan ini. [Biodata]

Dr. Mohamed Morsi meraikan kejayaan partinya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini


Hubungkait
Secara konklusinya, kedua-dua situasi di atas mengajar kita tentang "pada akhirnya, apa yang penting adalah keputusan" (at the end, the results matter). Dalam Islam pun, kita dilarang untuk menilai seseorang. Yang penting, di akhir hidupnya dia meninggal dunia sebagai Muslim yang bertaubat atau tidak.

p/s: Bola itu politik, dan sesungguhnya politik itu bulat!

20 Jun 2012

What next???

Tiba-tiba terpanggil untuk melihat kembali laman usang ini, ketawa sendiri. Lama ditinggalkan. Sibuk dengan pengajian Master kot, aku fikir.

Kemunculan FB memungkinkan laman ini jarang digunakan. Berbeza sewaktu undergraduate dulu. Sibuk mencoret isu-isu semasa kampus, tak pon luahan isi hati. hahaha. Kemudian, bila sudah melepasi tahap itu adik-adik dibiarkan berdikari, sama seperti amalan senior-senior yang lepas.

Kini, sibuk merenung masa depan. Patut atau tidak? jadi persoalan dalam benak fikiran. So, the simplest solution is biarkan takdir menentukan, let see what happen next. Really looking forward to graduate this September!


Also looking forward for this team to win Euro 2012

21 May 2011

Gelak???Memang klakar.

just an update.

long time not update.

then I update.

and like this update. [pantun in english]



and this vid also.



thanks to all.

28 Mar 2011

Laut itu masin...

Cikgu Anisah Harun bertanya, "Apa pentingnya laut kepada kita, manusia?". Soalan yang masih lagi diingati sehingga kini. Ketika berkelah di Desaru semalam (27032011) menjentik kembali soalan lama ini yang masih lagi tertanam dalam fikiran. Ketika itu penulis berada di Tingkatan 1, SMK (A) Durian Guling dalam subjek Geografi. Itu pon setelah tertelan air laut, masin.

Dalam sejarah dan sirah yang penulis pelajari, banyak sekali menggambarkan kaitan dengan laut. Antara matan hadis yang biasa kita dengari, "Ummat Islam pada akhir zaman umpama buih-buih di lautan". Sejenak penulis terfikir, dalam sirah Rasullah S.A.W. bilakah masanya Rasullah pernah pergi ke laut/ tepi pantai??? Penulis pon masih tiada jawapannya.

Masin biasanya dikaitkan dengan garam, NaCl dan sekaum kerabat dengannya. Dalam sejarah pembinaan piramid, garam digunakan sebagai upah kepada buruh binaan dan para pekerja. Dan air garam akan di"alir"kan ke dalam badan manusia untuk meneutralkan racun/toksin. Sumber utamanya adalah laut.

Buih-buih di tepi pantai 
(http://farm4.static.flickr.com/3161/2809443980_c6c6e3ddc7.jpg?v=0)

Dan ketika ini bila kita bercakap pasal laut pasti tidak akan terlepas bercerita mengenai TSUNAMI. Melihatkan ombak yang kuat semalam pon (penulis cuba menahan diri dipukul ombak), penulis tidak dapat membayangkan bagaimana kita boleh bertahan dengan ombak setinggi 10m, kita memang tiada daya!. Lanskap Jepun telah berubah keranaNya. 

p/s: adakah Tsunami PRU 13 bakal tercetus lagi???
Dan akhirnya Cikgu Anisah menjawab soalan dia sendiri, "Kalau tiada laut, bumi ini akan berbau busuk".

Total Pageviews