Pages

19 Feb 2009

17 Feb 2009

In the name of Intelectual...

Salam penuh pengharapan,

Huhuhu..rasa lama lak tak post lam blog ni. Hope sumuanya sihat-sihat dan okay-okay belaka. Kali ni mungkin nak dikongsikan tentang PSM penulis yang dalam proses. Tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk disiapkan. Kalau tidak, tak tau nak grad macam mane.

Tajuk PSM: Location of Actuator for Active Vibration Control (Experimental)
Supervisor: Prof Dr. Roslan Abdul Rahman (KJ Rekabentuk FKM)
Area: Vibration (Getaran, Mekanik Gunaan)

Progress setakat ini:

Seluruh bahagian komponen yang ada dalam experimen kali ini


Motor yang merupakan sumber getaran mekanikal dalam experimen ini


Plate yang dikaji kesan getaran motor ke atasnya


Accelorometer sebagai reference actuator


Accelorometer ini digerakkan dari satu node ke satu node yang lain

PSM sahabat lain:


Tumpuan penting dalam setiap gerak kerja


Lu pehal??takkan tengok gua siapkan keje je kot...


Penulis sekadar menumpang glamor seorang engineer awam(alam sekitar)
hehehe...

Sekadar tumpang mempromosi..

23 Jan 2009

Semuanya selamat...

Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Kabinet MPP UTM sesi 2008/09 telah selamat dibentuk tanpa sebarang masalah berlaku. Saudara Abdul Hadi Abdul Halim telah berjaya dilantik menjadi Presiden MPP bagi sesi yang baru ini. Semoga beliau mampu untuk membawa MPP untuk memimpin mahasiswa UTM ke arah selayaknya. Dan tahniah dan takziah kepada Siti Hadjar bt. Md Arshad kerana terpilih untuk membantu saudara Presiden kita. Semoga gandingan kedua-dua pemimpin mahasiswa ini berjaya menyatupadukan ahli-ahli di bawah mereka.

Dan penulis ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat yang berbangsa Tiong Hwa. Kepada sahabat-sahabat yang lain diucapkan selamat bercuti dan semoga menghabiskan masa cuti ini dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

15 Jan 2009

Sekitar Malam Pengumuman...

Salam perkongsian,
Buat sesiapa yang tidak turut serta dalam detik-detik pengumuman calon yang menang bagi kawasan umum.


Suasana di DSI, tempat pengiraan undi UTM Skudai


Terima kasih pada semua


Ketibaan Yang Berbahagia Naib Censelor kita


NC beramah mesra dengan wakil-wakil Pro M


Terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami


Juga turut serta...bakal jadi somebody pada masa akan datang


Hidup...hidup...hidup mahasiswa!!!


Penulis and da Geng


Kita kini mantan MPP


Sabar menanti


Akhirnya...Afendi dan Azim berjaya


Ucapan penutup dari koordinasi Pro M, saudara Amin


Putri Mubina, bagi pihak srikandi-srikandi Pro M


Selepas itu....

Skuad pembersih Pro M tekun bekerja


Berehat seketika...melepaskan lelah


Kereta yang banyak berbakti

Selamat Jalan PRKku terakhir...

Salam mahasiswa pada semua...

Alhamdulillah, Pilihanraya Kampus 2008/09 selamat berlangsung tanpa sebarang insiden buruk yang berjadi. Bagi penulis, PRK kali ini merupakan yang terbest sepanjang penulis berada di UTM ini. Keputusan sudah keluar, ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Itulah lumrah sebuah pertandingan. Tahniah pada yang telah berjaya mengisi kekosongan kerusi yang ada dan takziah juga kerana bakal menggalas tanggungjawab yang besar yang bakal di persoalkan pada masa akan datang.

Semalam juga (14hb Januari 2009) merupakan Muktamar Sanawi ke-6 PMIUTM. Walaupun bahang PRK masih lagi belum reda akibat kemunculan Pro M yang dikatakan rata-ratanya "budak PMI", majlis dapat dilangsung dengan aman. Tahniah dan takziah juga pada yang memegang tampuk kepimpinan baru PMI UTM sesi 2009 ini.

Banyak perkara yang berlaku dalam 2 3 hari kebelakangan ini. Yang membuat pemikiran penulis mencari jawapan-jawapan yang rasional agar persoalan-persoalan yang wujud tidak buntu dan menjadi masalah yang lagi besar pada masa akan datang.

Antara yang paling menarik untuk difikirkan ialah bagaimana kepimpinan MPPUTM 2008/09 kali ini akan menjalankan tanggungjawab mereka? Persoalan tentang team building menjadi pokok kepada semua yang bakal dirancang pada masa akan datang. Dengan kehadiran Pro M dan Evo M dalam satu pasukan, ukhwah mereka akan menjadi perhatian. Mampukah mereka bekerjasama dengan baik? Mampukah mereka menyediakan kebajikan-kebajikan seperti mana mereka semua tabur ketika berkempen dulu? Semua ini memerlukan seorang ketua yang dinamik. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menguruskan pentadbiran MPP kali ini. Maka, kepentingan mempunyai Presiden (di universiti lain dipanggil sebagai Yang Dipertua-YDP) yang berkebolehan dan berketerampilan adalah sesuatu yang mesti!

Menarik untuk dikongsikan bersama juga, semalam (14hb Jan 2009) kedatangan anak perempuan tokoh yang biasa kita dengar, HAMKA dari Indonesia ke UTM dalam sesi perkongsian ilmiah yang dianjurkan oleh PPIPS di Dewan Senat. Tajuk "Perempuan dalam Keadilan dan Kesetaraan Gender" dikupas dengan baik sekali oleh Dr. Hajjah Aliyah HAMKA. Diharapkan program-program seumpama ini diperbanyakkan lagi di bumi bertuah UTM ini.


Tahniah FKM, lebih kurang 88% mahasiwa turun mengundi


Kegagalan yang paling besar penulis dalam mengangkat poster..hehehe..


Lawatan Dato' TNC ke FKM


My Indian cosmate buang undi


Lawatan Dato' TNC ke FPPSM


Salah seorang dari calon Pro M: Putri Mubina

Total Pageviews