Pages

22 Jan 2008

Selamat Hari Lahir ke-22!!!!!!

Salam ukhwah dan salam perpaduan....
Siapa sangka 22 tahun berlalu dengan pantas saya rasakan. Usia bertambah menjadikan kita makin hampir dengan realiti yang kita ini cuma manusia biasa. Yang telah Dia berikan kesempatan kepada kita untuk menjenguk seketika ke dalam dunia milik dan ciptaanNya. Sungguh kita patut berasa kerdil dan insaf. Genap 22 tahun kali ini diharapkan agar diri ini sendiri lebih matang, lebih cekal dan tabah dalam menempuh dan memikul amanah yang diberikan. Tidak kisahlah samada dalam konteks selaku mahasiswa biasa atau selaku pemimpin kepada mahasiswa.

Tengahari tadi, setelah selesai solat Zohor berjemaah di Masjid Sultan Ismail (MSI), saya sempat untuk bersembang seketika dengan Dato' TNCHEP&A kita. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk mengutarakan beberapa masalah atau pandangan dalam kampus kita sekarang. Isu yang kini hangat di bibir mahasiswa terutama mahasiswa tahun akhir yang memegang pinjaman pelajaran PTPTN dan pemegang biasiswa JPA tentang kelewatan bendahari menkreditkan duit ke dalam akaun pelajar. Mahasiswa (termasuklah penulis sendiri) tertanya-tanya bagaimana keadaan sebegini boleh terjadi sedangkan kalau kita lihat di dalam sistem AISWEB kelihatan duitnya telah ada di pejabat bendahari. Namun, saya masih tidak dapat melihat alasan yang konkrit mengapa situasi ini terjadi.

Isu kedua berhubung dengan pelajar luar negara yang berfahaman Syiah ingin mengadakan majlis di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Penulis bukan ingin menimbulkan syak wasangka sesama kita tapi penulis merasakan aktiviti-aktiviti sebegini perlu diberikan perhatian yang serius dan lebih berbanding sambutan lain-lain yang dilakukan oleh masyarakat kampus di UTM. Peristiwa Karbala adalah peristiwa memperingati kematian Saidina Hussien iaitu cucu Rasullah S.A.W dan juga anak kepada Saidina Ali Abu Talib. Beliau yang telah dibunuh oleh golongan munafik yang berselindung di sebalik pengikut Muawiyah bin Abu Suffiyan.

Semoga hari mendatang lebih menbawa seribu satu makna dalam kehidupan kita selaku khalifah dan hambaNya.'^_^ Happy Birthday, Ahmad!!!!!

No comments:

Total Pageviews