Pages

15 Apr 2009

Everybody can do "comeback"...

Salam kemenangan...


Huhuhu... what a game!!! That is what I can say to whoever also watch the game this morning. Memang sangat-sangat sengit. Bayangkan dalam 90 minit 8 gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua team.

Liverpool berjaya membuat comeback semasa separuh masa pertama dengan menjaringkan 2 gol hasil tendangan percuma cantik Fabio Aurelio dan tendangan penalti Xabi Alonso. Chelsea hampir-hampir kecundang di tempat sendiri apabila diserang bertudi-tubi oleh Liverpool.

Namun seperti mana Liverpool, Chelsea juga mampu untuk membuat comebacknya pada separuh masa ke-2 dengan permulaan gol yang cantik oleh Didier Drogba hasil dari hantaran lintang cantik Anelka dari sudut kanan padang. Selepas itu, perjalanan perlawanan semakin sengit bagi kedua-dua pihak bagi menjaringkan gol. Hingga hampir tamat perlawanan Liverpool dan Chelsea saling serang dan bertahan. Chelsea hampir terdesak apabila 2 gol kemudiannya dijaringkan oleh Lucas dan Kuyt pada minit ke-81 dan ke-83 menyebabkan keputusan menjadi 4-3!!!

Seandainya Liverpool berjaya menjaringkan gol pada saat itu, maka Chelsea akan kecundang dalam Liga Juara-juara pada musim ini. Namun, pada minit ke-89 sekali lagi hantaran mudah Anelka disempurnakan oleh Lampard dan mengesahkan kemenangan milik Chelsea. huhuhu...
Ini membuktikan "anyone of us can do comeback if you really-really want!". Chelsea berjaya membuat comeback pada separuh masa ke-2 dengan menjaringkan 4 gol.

Itu perihal bola sepak. Tapi yang paling melegakan hati penulis ketika ini adalah kerana berjaya melepasi Presentation PSM II dengan sebaik mungkin petang semalam. Alhamdulillah dan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan kebaikan pada penulis dalam melepasi tahap ini. LAp u All!!!Adios...

p/s: Berjayakah Rosol Wahid membuat comebacknya di Terengganu???hehehe...


No comments:

Total Pageviews