Pages

18 Dec 2009

1Malaysia example...Where are we?

Salam 1Malaysia!

"Awak kumpul dua tiga orang then pergi ke mahkamah majestret pagi besok, pukul 10 pagi program start". Dalam keadaan blurr-blurr, aku mengangguk je. Tengok kiri kanan semua sahabat yang lain ada hal pagi besoknya. "Argh, tak pe la, kalau pergi sorang-sorang pon apa salahnya", monolog yang terhasil bila takda Pak Dol di sisi.

Pagi besoknya seperti yang di"plan"kan aku bergerak seorang diri. Dengan JJR aku memecut terus ke JB. Dengan izin-Nya, aku masih lagi sempat tiba sebelum program tu tamat. Aku pon sebenarnya tak tau sangat program tu bagaimana, cuma pengarah cakap ada kes pasal isu SUARAM. Sementara kamera masih di tangan aku pon mengambil gambar-gambar ni.


Press sibuk mencari berita


Lawyer tertuduh menjawab soalan-soalan press


Tertuduh (chinese girl baju biru tu), ahli SUARAM dan Mr. X

Rupa-rupanya kes mahkamah ni berkaitan isu pencerobohan ke atas Kg. Melayu Plentong yang lepas! Tertuduh, Miss Kan (maaf kalau tersilap dengar, sepintas lalu je) dikenakan tuduhan kerana membuat laporan palsu berkenaan tindakan pihak berkuasa menghalau para penduduk Kg. Melayu Plentong dari kediaman mereka untuk dirobohkan.

Terkejut juga bila dapat tau yang wanita Cina ini cuba membela hak orang Melayu dan kemudiannya ditahan di bawah akta ISA selama 90 jam demi menolong orang Melayu! Penjelasan demi penjelasan ku dengari dan membuat aku terfikir kata-kata Mr. Rajendran, "Nilah salah satu contoh 1Malaysia yang kita duk laung-laungkan". Dari sisi penulis, hopefully she will be brave. 25hb January 2010 nanti bakal menjadi tarikh keramat dalam hidup beliau. Keputusan mahkamah akan diumumkan. Jadi....kita di mana? GAMIS Johor di mana dalam isu ni? Sokongan anda di mana?

No comments:

Total Pageviews