Pages

20 Jun 2009

Selamat Hari Bapa...

Salam...

Besok kita bakal menyambut Hari Bapa selepas berlalunya Hari Ibu. Bapa dalam kehidupan seseorang anak adalah merupakan super hero sepanjang hayat. Bersyukurlah pada mereka yang mempunyai bapa/ayah/abah/abi/walib/ku ketika ini. Hargailah mereka ketika mereka masih lagi di sisi kita.

Bagi penulis, Ku (panggilan ayah oleh penulis, kawan-kawan selalu bertanya tentang panggilan ini) merupakan seorang yang relaks dan supporter selama ini. Sangat-sangat berterima kasih atas apa yang dicurahkan selama 23 tahun ini. I'm nothing without him.



Penulis masih ingat lagi ketika di darjah tiga, cikgu Azman (harap-harap dia masih mengajar lagi sekarang ini) pernah bertanya "Apa kamu nak buat jika ayah kamu meninggal hari ni?". Penulis ketika itu memang tiada jawapan. Tidak pernah terfikir apa yang bakal berlaku jika insan bergelar Ku ini hilang dari kehidupan penulis.

Kini, kita telah dewasa. Peringkat sarjana muda hanya tinggal sedikit masa lagi bakal berlalu dan peringkat sarjana bakal ditempuhi 1hb Julai ini. Syukur pada Allah atas pemberian Mu seorang Ku yang memahami.

7 Jun 2009

My beloved frenz...

Salam...

Every single of us know him I think. hehehe.. Let me shows his pics in many situations.

He listen to people...


He have a gud smiley faces...kui3

He concern about everythings around him...

Show off??? I don't think so..


He said he likes this bicycle so writer took his pic with that precious thing..


And most important fact about him, he is a gud person. right? hehe

Guest which one did I meant? Plis give your comments regarding him. hahaha..

P/s: Hopefully our plan to be housemate next sem will become reality.

No Update...

Salam...

No update for this semester break. Only some pics to show everythings.

Nothing will move without mechanical???...

My jobs right now...

My new member...

27 Apr 2009

Segalanya Slamat...

Salam minggu peperiksaan...

Tarikh keramat 14hb April 2009 (2 minggu lepas dah..hehehe) berlalu pergi. Alhamdulillah, penulis berjaya melalui apa yang setiap insan di FKM yang grad telah lalui. PSM presentation pastinya membuat setiap mahasiswa tahun akhir berdebar-debar. Kalau gagal, comfirm kena extend.

Semestinya situasi sedemikian minta dijauhkan sedaya upaya mungkin. Pengalaman presentation kali ini berbeza berbanding dengan presentation tahun lepas, kerana pada kali ini kita membawa hasil apa yang diperoleh sepanjang semester ini. Berbanding dengan tahun lepas, kita hanya sekadar membentangkan apa yang kita rancang untuk dijalankan pada semester ini.

Macam-macam soalan-soalan dan komentar diutarakan oleh para panel penilai yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Petua dari penulis, biar kita silap dari segi teknikal jangan silap dari segi fundamental/teori. Kalau tidak, umpama menyerahkan batang tengkuk untuk disembelih habis-habisan.

Selamat menempuhi peperiksaan dan selamat bercuti!!!!

Pada yang LI (macam penulis) ataupun mengambil semester pendek, jangan bersedih k. hehe

p/s: gambar presentation nanti penulis upload. Dan pengumuman, malam besok macam dinanti-nantikan Chelsea bakal berdepan Barcelona. huhu...Gud luck Chelsea!!!


Sahabat-sahabat satu program ketika presentation mereka

Sahabat baik penulis berdebar-debar menanti giliran..huhuhu..


Anymore question???!..power la sham
Italic

15 Apr 2009

Everybody can do "comeback"...

Salam kemenangan...


Huhuhu... what a game!!! That is what I can say to whoever also watch the game this morning. Memang sangat-sangat sengit. Bayangkan dalam 90 minit 8 gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua team.

Liverpool berjaya membuat comeback semasa separuh masa pertama dengan menjaringkan 2 gol hasil tendangan percuma cantik Fabio Aurelio dan tendangan penalti Xabi Alonso. Chelsea hampir-hampir kecundang di tempat sendiri apabila diserang bertudi-tubi oleh Liverpool.

Namun seperti mana Liverpool, Chelsea juga mampu untuk membuat comebacknya pada separuh masa ke-2 dengan permulaan gol yang cantik oleh Didier Drogba hasil dari hantaran lintang cantik Anelka dari sudut kanan padang. Selepas itu, perjalanan perlawanan semakin sengit bagi kedua-dua pihak bagi menjaringkan gol. Hingga hampir tamat perlawanan Liverpool dan Chelsea saling serang dan bertahan. Chelsea hampir terdesak apabila 2 gol kemudiannya dijaringkan oleh Lucas dan Kuyt pada minit ke-81 dan ke-83 menyebabkan keputusan menjadi 4-3!!!

Seandainya Liverpool berjaya menjaringkan gol pada saat itu, maka Chelsea akan kecundang dalam Liga Juara-juara pada musim ini. Namun, pada minit ke-89 sekali lagi hantaran mudah Anelka disempurnakan oleh Lampard dan mengesahkan kemenangan milik Chelsea. huhuhu...
Ini membuktikan "anyone of us can do comeback if you really-really want!". Chelsea berjaya membuat comeback pada separuh masa ke-2 dengan menjaringkan 4 gol.

Itu perihal bola sepak. Tapi yang paling melegakan hati penulis ketika ini adalah kerana berjaya melepasi Presentation PSM II dengan sebaik mungkin petang semalam. Alhamdulillah dan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan kebaikan pada penulis dalam melepasi tahap ini. LAp u All!!!Adios...

p/s: Berjayakah Rosol Wahid membuat comebacknya di Terengganu???hehehe...


Total Pageviews