Pages

28 Sept 2009

Welcome Back!

Salam Aidulfitri pada semua,

Ramadhan yang berkat sudah berlalu, kini kemeriahan Syawal menjelma pun kian berakhir. Tugas menimba ilmu disambung kembali sebelum semester ini berakhir.

Let go focus on our jobs here!. Good luck everyone in this 4 final weeks of this semester.


15 Sept 2009

Minggu yang hambar...

Salam minggu terakhir Ramadhan...

Sedar atau pun tak, kita kini sudah berada di penghujung Ramadhan 1430H. Syawal bakal menjelma minggu depan. Ketika ini, sudah ramai mahasiswa yang berada di perantauan berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman. Penulis juga tidak terlepas dari memikirkan hal sebegini.



Kad raya dari penulis buat semua





 
Makan kuih raya nanti berpada-pada

Oleh kerana pemikiran pun sudah berada di kampung halaman, kebanyakan kerja tertangguh. Memang antara minggu yang hambar dan tidak produktif dalam hidup penulis. Selepas balik raya nanti, banyak lah kerja yang perlu disiapkan...

p/s: Mohon maaf pada semua yang pernah mengenali penulis. 0-0. Semoga syawal yang bakal tiba ini membawa rahmat kepada semua. Perginya Ramadhan bakal ditangisi oleh sekalian alam.

10 Sept 2009

Macam-macam...

Salam fasa ke-3 Ramadhan 1430H

Minggu ini bermula dengan pemikiran yang agak bercelaru. Penulis sedar yang agak ketinggalan dalam menguruskan research kali ini. Mungkin minat yang perlu diasah kembali dan skill diri yang agak rendah menyebabkan research agak terbantut. Hanya sekadar mencari dan memahami journal-journal lepas yang mampu dibuat ketika ini.

Kini dah hampir 8 minggu menjadi RSG (Research Student Grant) di FKM, tapi keputusannya kurang memberansangkan. Setiap kali setelah berhadapan dengan supervisor, penulis cuba untuk memperbaiki apa yang patut. Kini baru sedar yang membuat master tidaklah seindah yang kita bayangkan. Usaha yang konsisten perlu dicurahkan di samping nasihat dari supervisor dijadikan panduan.Harapan agar semua bakal berjalan dengan baik semester ini.

 
 

7 Sept 2009

Bila 1 Malaysia Berhenti Cakap Pasal Politik?

Salam Satu Malaysia!

Sekali lagi 1 Malaysia kita bakal berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN. Kali ini kita tertumpu pada DUN Bagan Pinang yang baru-baru ini kehilangan ADUN mereka iaitu Allahyarham Azman Mohd Nor pada Jumaat yang lepas.

Persoalan yang timbul dari dulu sampai kini, adakah 1 Malaysia kita dapat berehat seketika daripada berpolitik? Sejak 8 Mac 2008 yang lepas, kita difokuskan pada 8 PRK dengan berkesudahan 1 kemenangan BN dan 7 kemenangan buat PR Dan kini, satu lagi bakal disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Rakyat bakal menilai setiap prestasi parti yang bertanding dalam setiap PRK. Dan PRK Bagan Pinang ini merupakan antara yang menarik untuk dinilai kehebatan setiap parti yang bertanding. Good Luck pada parti-parti yang terlibat. Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi!





http://www.vector-logos.com/tmb.php?id=87559
Suruhanjaya Pilihan Raya
 
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
p/s: Adakah dua badan berkanun ini mempunyai pertalian darah?Kepada YB-YB kita, jaga kesihatan dan sentiasa ingatkan mati...

1 Sept 2009

Salam Ramadhan..Fasa Kedua

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Sedar tak sedar kita sudah sampai ke fasa kedua bulan Ramadhan 1930H. Fasa keampunan dari Allah S.W.T.

Sama-sama kita memburu kebaikan pada bulan yang penuh berakah ini.


http://bungakehidupan.files.wordpress.com/2008/08/ramadhan-mubarak.jpg
Tingkatkan bacaan al-Quran

Tingkatkan sodaqah amal jariah

p/s: Buat peringatan diri sendiri...

Total Pageviews