Pages

27 Apr 2009

Segalanya Slamat...

Salam minggu peperiksaan...

Tarikh keramat 14hb April 2009 (2 minggu lepas dah..hehehe) berlalu pergi. Alhamdulillah, penulis berjaya melalui apa yang setiap insan di FKM yang grad telah lalui. PSM presentation pastinya membuat setiap mahasiswa tahun akhir berdebar-debar. Kalau gagal, comfirm kena extend.

Semestinya situasi sedemikian minta dijauhkan sedaya upaya mungkin. Pengalaman presentation kali ini berbeza berbanding dengan presentation tahun lepas, kerana pada kali ini kita membawa hasil apa yang diperoleh sepanjang semester ini. Berbanding dengan tahun lepas, kita hanya sekadar membentangkan apa yang kita rancang untuk dijalankan pada semester ini.

Macam-macam soalan-soalan dan komentar diutarakan oleh para panel penilai yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Petua dari penulis, biar kita silap dari segi teknikal jangan silap dari segi fundamental/teori. Kalau tidak, umpama menyerahkan batang tengkuk untuk disembelih habis-habisan.

Selamat menempuhi peperiksaan dan selamat bercuti!!!!

Pada yang LI (macam penulis) ataupun mengambil semester pendek, jangan bersedih k. hehe

p/s: gambar presentation nanti penulis upload. Dan pengumuman, malam besok macam dinanti-nantikan Chelsea bakal berdepan Barcelona. huhu...Gud luck Chelsea!!!


Sahabat-sahabat satu program ketika presentation mereka

Sahabat baik penulis berdebar-debar menanti giliran..huhuhu..


Anymore question???!..power la sham
Italic

15 Apr 2009

Everybody can do "comeback"...

Salam kemenangan...


Huhuhu... what a game!!! That is what I can say to whoever also watch the game this morning. Memang sangat-sangat sengit. Bayangkan dalam 90 minit 8 gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua team.

Liverpool berjaya membuat comeback semasa separuh masa pertama dengan menjaringkan 2 gol hasil tendangan percuma cantik Fabio Aurelio dan tendangan penalti Xabi Alonso. Chelsea hampir-hampir kecundang di tempat sendiri apabila diserang bertudi-tubi oleh Liverpool.

Namun seperti mana Liverpool, Chelsea juga mampu untuk membuat comebacknya pada separuh masa ke-2 dengan permulaan gol yang cantik oleh Didier Drogba hasil dari hantaran lintang cantik Anelka dari sudut kanan padang. Selepas itu, perjalanan perlawanan semakin sengit bagi kedua-dua pihak bagi menjaringkan gol. Hingga hampir tamat perlawanan Liverpool dan Chelsea saling serang dan bertahan. Chelsea hampir terdesak apabila 2 gol kemudiannya dijaringkan oleh Lucas dan Kuyt pada minit ke-81 dan ke-83 menyebabkan keputusan menjadi 4-3!!!

Seandainya Liverpool berjaya menjaringkan gol pada saat itu, maka Chelsea akan kecundang dalam Liga Juara-juara pada musim ini. Namun, pada minit ke-89 sekali lagi hantaran mudah Anelka disempurnakan oleh Lampard dan mengesahkan kemenangan milik Chelsea. huhuhu...
Ini membuktikan "anyone of us can do comeback if you really-really want!". Chelsea berjaya membuat comeback pada separuh masa ke-2 dengan menjaringkan 4 gol.

Itu perihal bola sepak. Tapi yang paling melegakan hati penulis ketika ini adalah kerana berjaya melepasi Presentation PSM II dengan sebaik mungkin petang semalam. Alhamdulillah dan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan kebaikan pada penulis dalam melepasi tahap ini. LAp u All!!!Adios...

p/s: Berjayakah Rosol Wahid membuat comebacknya di Terengganu???hehehe...


13 Apr 2009

Salam Kemenangan...

Salam mahasiswa pada semua...

Minggu ini penulis suka untuk berkongsi tentang team EPL feveret penulis, Chelsea. Huhuhu... May be ada yang akan iri hati bila melihat kemenangan team ini minggu lepas. Minggu lepas menyaksikan keangkuhan Liverpool yang rakus membelasah Manchester United (4-1), Aston Villa (5-0) dan Fulham (1-0) terpaksa akur dengan kehebatan Chelsea di gelanggang sendiri.

Gamat suasana di Cafe P19, FKE apabila pertembungan 2 pasukan gergasi EPL ini dalam saingan suku akhir Liga Juara-juara, UEFA. Rujuk gambar di bawah:


Suasana di P19 ketika itu



Sabar menunggu aksi separuh masa ke-2


Keputusan 1-1 semasa separuh masa pertama


Minggu ini pula, Liverpool akan bertandang ke Stamford Brigde bagi meneruskan persaingan ini. Mampukah Liverpool bangkit dengan membuat comeback ke atas Chelsea seperti mana game-game sebelum ini dengan pasukan lain? Mampukah Chelsea mempertahankan kelebihan yang diperoleh kali ini dan seterusnya mengecewakan Liverpool sekali lagi seperti musim lepas? Sama-sama kita saksikan perlawanan tersebut minggu ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa mesti mahasiswa terutamanya lelaki mendewa-dewakan bola sepak seperti mana lelaki lain di luar sana. Tak bermenafaat pada diri dan agama pun tengok bola kan????...

Tapi ada sesuatu pada bola sepak yang kita boleh ambil iktibar. Jika dilihat politik dan bola sepak mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai sudut. Untuk menang dalam bola sepak, strategi menjadi senjata yang terpenting, begitu juga dalam pilihan raya. Andaikata dalam bola sepak kita ada pengadil, dalam pilihan raya pula SPR adalah pengadilnya. Dan keputusan akhir yang menjadi penentu kepada sesuatu perlawananan sama ada bola sepak mahu pun pilihan raya. Apabila Torres berjaya menjaringkan gol pada minit ke-6 perlawanan, itu masih belum membuktikan Liverpool sudah menang. Dan apabila Chelsea bangkit dengan 2 gol dari bek kanannya, Ivanovic dan satu gol dari Didier Drogba pada separuh masa ke-2, mengesahkan kemenangan tersebut milik Chelsea. Begitu jugalah yang berlaku dalam pilihan raya.

Minggu lepas juga menyaksikan parti-parti politik bertahan di kubu masing-masing dengan BN di DUN Batang Ai, PKR di DUN Bukit Selembau dan PAS di Parlimen Bukit Gantang. Tahniah kepada para pengundi yang keluar mengundi pilihan masing-masing. Budaya demokrasi ini seharusnya diterap dalam seganap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kepada mahasiswa dan dipraktikkan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) masing-masing.

Mungkin pada masa akan datang banyak lagi pertembungan-pertembungan bakal berlaku cuma diharapkan semua pihak bermain permainan yang bersih sama ada dalam bola sepak atau politik. Hidup Chelsea!!!! Hidup Hiddink!!!hehehe...

p/s: Gud Luck presetation PSM petang besok.

3 Apr 2009

Di Minggu-minggu Terakhir....

Salam Perpaduan dan Salam Penuh Inspirasi pada semua.

Fuh, sudah lama tidak ku jenguk blogspot ini. hehehe.. anyway tenkiu to upin. Top news hari ini 03 April 2009 ialah kita rakyat Malaysia bakal mendapat seorang Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menggantikan Pak Lah kita yang menggundurkan diri pada Persidangan Agong UMNO yang lepas..

Apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh PM baru kita ini bakal menjadi perhatian ramai pada masa akan datang. Dan penulis mengucapkan selamat pulang ke kampung dan mengundi kepada sahabat-sahabat di UTM yang terbabit dalam Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selembau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai, Sarawak. Tunaikanlah kewajipan anda sebaik mungkin.

Dan tahniah juga pada sahabat-sahabat yang menghadiri konvokesyen ke-42 UTM pada minggu lepas. Penulis sempat menjenguk seketika keadaan di sekitar DSI dan cukup meriah dalam pemerhatian penulis. Good luck pada semua dan di sini antara gambar-gambar di tempat kejadian yang dapat penulis kongsikan bersama-sama.



Suasana ketika para graduan keluar dari DSI, UTM

Para graduan dan ibu bapa tumpang berteduh di foyer MSI (hujan renyai2 ketika itu)

Wajah-wajah gembira terukir di setiap sudut


Hopefully my turn akan sampai jua this August...huhu...gud luck!!!Gambatane!

Total Pageviews