Pages

7 Sept 2009

Bila 1 Malaysia Berhenti Cakap Pasal Politik?

Salam Satu Malaysia!

Sekali lagi 1 Malaysia kita bakal berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN. Kali ini kita tertumpu pada DUN Bagan Pinang yang baru-baru ini kehilangan ADUN mereka iaitu Allahyarham Azman Mohd Nor pada Jumaat yang lepas.

Persoalan yang timbul dari dulu sampai kini, adakah 1 Malaysia kita dapat berehat seketika daripada berpolitik? Sejak 8 Mac 2008 yang lepas, kita difokuskan pada 8 PRK dengan berkesudahan 1 kemenangan BN dan 7 kemenangan buat PR Dan kini, satu lagi bakal disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Rakyat bakal menilai setiap prestasi parti yang bertanding dalam setiap PRK. Dan PRK Bagan Pinang ini merupakan antara yang menarik untuk dinilai kehebatan setiap parti yang bertanding. Good Luck pada parti-parti yang terlibat. Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi!





http://www.vector-logos.com/tmb.php?id=87559
Suruhanjaya Pilihan Raya
 
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
p/s: Adakah dua badan berkanun ini mempunyai pertalian darah?Kepada YB-YB kita, jaga kesihatan dan sentiasa ingatkan mati...

No comments:

Total Pageviews