"Hari Selasa ni awak
free tak? Leh temankan saya dengar talks dari Prof. Zaini Ujang, di UTM KL?" Minggu lepas ayat ni diutarakan pada penulis ketika berada di pejabat. Sambil pensyarah kanan tersebut memberikan aku
handphonenya untuk melihat sendiri SMS dari Prof. Zaini Ujang.
Tanpa berfikir panjang, aku menyanggupinya. Apa salahnya pada fikiranku jika tiada apa-apa komitmen ketika itu. Dan pagi ini (9hb Feb 2010) aku berada di pejabat agak awal demi janjiku minggu lepas.Dalam perancangan, syarahan tersebut bakal bermula jam 9.30 pagi.
Bertolak agak lewat dari Serdang menuju ke UTM KL. Aku tiba-tiba berfikir, inilah kali pertama aku menjejak kaki ke bumi kampus UTM yang asal. Selama ini, aku pernah mengunjungi Kolej Pertama sahaja ketika bermalam sewaktu menjadi MPM dahulu.
Syarahan beliau seperti biasa, penuh dengan input dan pandangan beliau. Di selang-selikan dengan humor membuatkan para hadirin berminat untuk menumpukan perhatian sepanjang 2 jam setengah majlis berlangsung. Konsep ilmu "Shafie-Weber" agak menarik perhatian ku tentang intergrasi ilmu fizikal dan rohani yang seimbang.
Dan yang lebih menarik lagi, apabila hadirin yang datang bukan dari kalangan orang yang sebarangan. Datuk LAT pelukis komik Kampong Boy juga hadir untuk perlantikan beliau sebagai karyawan tamu UTM. Dan sesi soal jawab tidak dilepaskan begitu saja oleh mereka.
Tahniah atas penganugerahan Prof. untuk Merdeka Award 2009!.
p/s: Penulis sekadar dapat menyaksikan syarahan beliau dari rakaman langsung di dewan bersebelahan. Mendengar sambil merenung, "perjalanan ku masih lagi terlalu jauh..."
Link Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang.