Pages

3 Jul 2012

Bola itu Politik...

 Kes 1
Dia (Torres) di awal UERO 2012 nasibnya tidak ketentuan. Tempatnya di dalam skuad Spain masih belum disimenkan betul-betul. Del Bosque sedia menerima Torres andaikata dia perform di akhir season lepas, dan kehebatannya dalam Champion League akhirnya dapat memastikan tempatnya di dalam skuad La Rhoja. Dan, tanpa disangka-sangka dia berjaya merangkul anugerah Kasut Emas di akhir EURO 2012 hasil 3 gol dan 1 assist untuk gol Juan Mata!

Torres meraikan jaringannya di final EURO 2012


Kes 2
Semua sedia maklum, wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Dr. Morsi baru-baru ini telah berjaya memenangi pilihanraya presiden Mesir mengatasi wakil parti bekas presiden. Namun, ada sesetengah yang belum maklum akan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini menghadapi pelbagai rintangan dan presiden Mesir yang baru ini juga pernah merasai pengalaman dipenjara seperti pemimpin-pemimpin Ikwanul Muslimin yang sebelumnya. Segala ucapan tahniah diucapkan dan segala puji bagi Allah yang menentukan ketetapan ini. [Biodata]

Dr. Mohamed Morsi meraikan kejayaan partinya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini


Hubungkait
Secara konklusinya, kedua-dua situasi di atas mengajar kita tentang "pada akhirnya, apa yang penting adalah keputusan" (at the end, the results matter). Dalam Islam pun, kita dilarang untuk menilai seseorang. Yang penting, di akhir hidupnya dia meninggal dunia sebagai Muslim yang bertaubat atau tidak.

p/s: Bola itu politik, dan sesungguhnya politik itu bulat!

No comments:

Total Pageviews