Salam mahasiswa. Setiap yang bermula semestinya mempunyai penamat. Semalam (5 Jan 2009) dengan rasminya kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08 berakhir apabila dibubarkan. Maka, kerusi-kerusi ini sekali lagi bakal menjadi rebutan pelbagai pihak bagi tujuan masing-masing.
Desas-desus mengatakan Pilihanraya Kampus (PRK) UTM kali ini menjanjikan sesuatu yang berlainan daripada pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Pertembungan 3 penjuru atau lebih bakal berlaku. Akan tetapi diharapkan pada semua agar bermainlah secara adil dan saksama. Evolusi Mahasiswa (Evo M) a.k.a ASPIRASI bakal menjadi saingan sengit kepada Pro Mahasiswa (Pro M) pada kali ini. Anyways, all the best pada semua.
Penamaan calon dijadualkan pada Khamis ini (8 Jan 2009) di Rumah Alumni. Jom kita ramai-ramai pakat pi tengok calon-calon pilihan kita mencalonkan diri mereka untuk memenuhi kekosongan kerusi-kerusi ini. Tentunya 10 kerusi umum yang bakal dipertanding menjadi tumpuan utama kerana bakal menentukan siapakah Presiden MPP kita pada masa akan datang.
Di kesempatan ini juga, penulis ingin merakam berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu penulis sepanjang kepimpinan MPP yang lepas dan ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan dan kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab selaku pemegang amanah. Moga barisan MPP akan datang meneruskan dan menambahbaik segala usaha yang dicurahkan pada kepimpinan lepas.
p/s: hari ini juga merupakan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu (tanah tumpah darah penulis)
6 Jan 2009
1 Jan 2009
Palestin...Sekalung Doa ku Panjatkan Buat Pejuang-pejuang Islam
Salam mahasiswa...
Pada sambutan Maal Hijrah 1430H pada tahun ini menyaksikan ketahanan dan keteguhan iman saudara-saudara kita di Palestin sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T. Peperangan antara HAMAS dengan puak rejim Zionis Yahudi tercetus lagi. Sama-sama kita panjatkan doa bagi kemenangan Islam di Palestin. Samalam pihak Jemaah Islah Malaysia (JIM) telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Ceramah penerangan tentang situasi semasa yang berlaku di Semenanjung Gaza dan diakhiri dengan qiamullail perdana di masjid Taman Universiti.
Kita selaku mahasiswa Islam yang prihatin terhadap isu ini, penulis menyeru agar kita sama-sama mengambil berat tentang isu ini. Palestin merupakan tanah Suci Islam dan bumi di mana kiblat pertama orang Islam didirikan.

29 Dec 2008
24 Dec 2008
Aku Bukan Musuh Harta: Dr. Asri Zainul Abidin
Apa yang panas, itulah yang paling best untuk diperkatakan. Just to share.
Ehsan: unwanted86.blogspot.com
Tatkala di Penghujung Kepimpinan..
Salam lembaran baru yang bakal melangkah dalam tempoh seminggu saja lagi sekarang. Baik dalam kalendar Hijrah mahupun kalendar Masihi.
Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk singgah seketika di blog penulis ini dan memberi pelbagai pendapat dan pandangan. Penulis akan cuba untuk terima baik buruk setiap apa yang diluahkan oleh sahabat dalam comment box penulis ni.
Memang agak lama penulis menyepi dari meng'updated'kan blog ini. Mungkin kehilangan kata-kata untuk dikongsikan bersama-sama. Apa pun, perkara yang menarik minat kita mesti kita suka untuk kita kongsikan, betul tak?
Penulis baru saja pulang dari bercuti panjang di kampung halaman di Terengganu. Terasa rindu pada kampus yang hampir sebulan ditinggalkan. Terengganu sekarang ini menjadi tumpuan kerana hangat dengan isu Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangkakan pada 17 Januari 2009 ini. Pada mahasiswa anak negeri Terengganu yang mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin di parlimen tersebut, semoga dapat menunaikannya dengan baik. Sehingga kini penulis difahamkan 5 orang calon yang bakal bertanding, satu PRK yang sengit bakal kita sama-sama saksikan.
Harapan penulis agar PRK parlimen Kuala Terangganu ini dapat berlangsung dengan baik tanpa ada peristiwa yang kurang baik berlaku. Kita tidak mahu apa yang terjadi di negara-negara lain berlaku dalam negara kita sendiri kan? Thailand pun sekarang ini terpaksa bersusah payah untuk mengembalikan ketenteraman negara akibat krisis politik yang berlaku baru-baru ini. Perdana Menteri barunya, Abhisit Vejjajiva diharapkan dapat memberikan sinar baru dalam usaha mengembalikan keamanan dan keharmonian negara itu.

Dan tidak lama lagi,kampus UTM kita ini sekali lagi akan menyambut kedatangan aktiviti tahunan kita iaitu Pilihan Raya Kampus (PRK) yang termaktub dalam AUKU diadakan setiap tahun dan sepatutnya diadakan pada semester lepas tetapi ditangguh atas sebab-sebab tertentu. Dengan tibanya tarikh penamaan calon nanti maka berakhir juga lah sesi kempimpinan MPP 2007/08 kali ini dan bakal digantikan dengan pemimpin pelajar yang baru. Harapan besar agar PRK kali ini semakin meriah dan mahasiswa dapat menunaikan tanggungjawab kalian dengan sebaiknya. Let vote for our new hope!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)