Pages

6 Jan 2009

Akhirnya....

Salam mahasiswa. Setiap yang bermula semestinya mempunyai penamat. Semalam (5 Jan 2009) dengan rasminya kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08 berakhir apabila dibubarkan. Maka, kerusi-kerusi ini sekali lagi bakal menjadi rebutan pelbagai pihak bagi tujuan masing-masing.

Desas-desus mengatakan Pilihanraya Kampus (PRK) UTM kali ini menjanjikan sesuatu yang berlainan daripada pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Pertembungan 3 penjuru atau lebih bakal berlaku. Akan tetapi diharapkan pada semua agar bermainlah secara adil dan saksama. Evolusi Mahasiswa (Evo M) a.k.a ASPIRASI bakal menjadi saingan sengit kepada Pro Mahasiswa (Pro M) pada kali ini. Anyways, all the best pada semua.

Penamaan calon dijadualkan pada Khamis ini (8 Jan 2009) di Rumah Alumni. Jom kita ramai-ramai pakat pi tengok calon-calon pilihan kita mencalonkan diri mereka untuk memenuhi kekosongan kerusi-kerusi ini. Tentunya 10 kerusi umum yang bakal dipertanding menjadi tumpuan utama kerana bakal menentukan siapakah Presiden MPP kita pada masa akan datang.

Di kesempatan ini juga, penulis ingin merakam berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa jua yang membantu penulis sepanjang kepimpinan MPP yang lepas dan ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan dan kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab selaku pemegang amanah. Moga barisan MPP akan datang meneruskan dan menambahbaik segala usaha yang dicurahkan pada kepimpinan lepas.

p/s: hari ini juga merupakan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu (tanah tumpah darah penulis)

No comments:

Total Pageviews