Pages

17 Nov 2007

Mahasiswa dan Erti Kesibukan

Salam mahasiswa para mahasiswa/i UTM sekalian. Ketika ini anda semua kita semua disibukkan dengan peperiksaan yang bakal atau telah kita tempuhi. Dalam tempoh ini, pelbagai perasaan atau pengalaman yang kita hadapi. Moga-moga pengalaman ini akan mendewasakan kita dalam memahami erti sebenar kehidupan.

Suka di sini untuk saya utarakan salah satu antara isu-isu yang sering dibangkitkan sepanjang kepimpinan MPP 2006/07 yang lepas. Dan antara isu yang paling mendapat tempat di hati mahasiswa-mahasiswi UTM adalah pengeksesan internet di blok-blok kediaman pelajar. Saya masih ingat lagi ketika berada di tahun 1 perkara ini menjadi perbualan sahabat-sahabat sekursus dengan saya.

Ketika berada di dalam mesyuarat kebajikan bersama dengan Dato' TNC kita yang lepas, saya difahamkan bahawa bajet untuk penggunaan internet di blok-blok kediaman pelajar ini termasuk dalam Bajet Rancangan Malaysia ke-9. Oleh sebab itu, pihak pejabat HEP sukar untuk memenuhi pemintaan para mahasiswa ini. Dan pihak universiti kini cuba untuk memperbanyakkan lagi 'hot spot' di sekitar pejabat kolej dan fakulti, dan di cafe-cafe terpilih agar memudahkan mahasiswa mendapat kemudahan internet.

Di sini saya amat berharap agar pihak mahasiswa bersabar dan bersama dengan kepimpinan MPM 2007/08 untuk menggesa pihak pejabat HEP untuk mempercepatkan kemudahan yang penting kepada mahasiswa kini. Semoga kemudahan ini menjadi kenyataan pada masa akan datang dan dimanafaatkan oleh kita semua.

Akhir kata, selamat bercuti kepada semua mahasiswa/i dan gunakan masa yang seketika ini untuk berehat secukup sebelum perjuangan kita ini disambung pada semesta akan datang. ~v(n.n)

No comments:

Total Pageviews