Pages

2 Dec 2007

Mahasiswa dan Kesefahaman

Salam Mahasiswa kepada sahabat-sahabat sekalian,
Diharapkan agar mahasiswa UTM berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Gunakan masa yang ada ini untuk mengeratkan hubungan kita dengan keluarga terutama dengan ibu bapa kita. Di samping itu juga, gunakanlah masa yang terluang ini untuk menambah ilmu selain ilmu yang kita pelajari di UTM sebagai contoh ilmu-ilmu agama dengan membaca buku-buku agama dan mengambil cakna tentang isu-isu semasa yang berlaku di luar atau di dalam negara.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar baru sahaja selesai menjalani Kem Team Building yang telah diadakan di Kem Lembaian Danau, Jasin, Melaka pada 28hb-30hb November yang lalu. Bagi saya selaku MPM merasakan bahawa kem ini benar-benar bermanafaat bukan saja kepada diri saya bahkan kepada ahli-ahli MPP yang lain. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan aktiviti-aktiviti outdoor pada siang harinya dan pada malamnya kami melakukan muhasabah dalam setiap aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah berbasikal mengharungi kawasan kampung dan ladang getah, Night Walking, membuat rakit dan seterusnya berlumba menggunakan rakit yang telah direka, merempuh halangan, berkayak melalui kawasan tasik dan War Game.

Dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Daripada kem inilah kami di MPP dapat berkenal antara satu sama lain dengan lebih baik di samping bertukar-tukar pandangan. Ini penting untuk kebaikan gerak kerja pada masa akan datang. Dan insyaallah dalam post akan datang saya akan publishkan gambar-gambar semasa aktiviti berlangsung. Akhir kata 'majulah MPP untuk kebaikan Mahasiswa'

No comments:

Total Pageviews

24057