Pages

23 Dec 2007

Mahasiswa dan Erti Sebuah Pengorbanan

Salam mahasiswa sahabat-sahabat UTM sekalian, harap berada dalam keadaan sihat hendaknya di samping keluarga tercinta. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidiladdha pada semua masyarakat kampus UTM. Semoga kedatangan hari raya pada tahun ini dapat meningkatkan lagi pengorbanan kita pada masa-masa akan datang khususnya dalam kita menuntut di UTM tercinta.

Sekarang mungkin ada di antara mahasiswa UTM yang terlibat dengan banjir terutama yang berada di Pahang, Kelantan dan sesetengah bahagian di Johor. Harap saudara/i tabah dalam menempuhi ujian daripada Allah ini dan yakinlah pada janji-janjiNya. Orang yang bersabar apabila ditimpakan ujian/musibah ke atas mereka lalu mereka bertawakal pada Allah bakal mendapat ganjaran daripada Allah. Dan gunakanlah saluran MPP dengan sebaik-baiknya agar kami dapat membantu anda sedaya upaya kami. Teringat pengalaman lepas apabila kami di MPP menyerbu ke cafe-cafe dan arked-arked untuk mengutip derma mangsa-mangsa banjir di Johor. Usaha yang kecil namun banyak pengalaman yang dapat diambil oleh saya ketika itu. Dan saya amat berharap agar usaha seperti itu dapat diteruskan pada sesi kali ini dalam membantu mahasiswa-mahasiswi UTM.

Keputusan peperiksaan semester 1 2007/08 sudah dipaparkan oleh pihak pentadbiran UTM di www.aimsweb.utm.my. Tahniah pada yang berjaya dengan cemerlang dan syabas diucapkan. Dan pada yang kurang berjaya, kita sama-sama usaha lagi pada masa akan datang. Ingatlah orang yang hebat adalah orang yang dapat bangun kembali setelah jatuh tersungkur. Allah tidak menilai kita pada hasil yang kita dapat tapi Allah menilai kita pada usaha yang telah kita lakukan.

Buat akhirnya selamat mmaju jaya unutk semua pada semester yang bakal tiba nanti. Dan ingatlah MPP sentiasa bersama-sama anda, mahasiswa UTM.
~Kebajikan Mahasiswa Keutamaan Kami~

2 Dec 2007

Mahasiswa dan Kesefahaman

Salam Mahasiswa kepada sahabat-sahabat sekalian,
Diharapkan agar mahasiswa UTM berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Gunakan masa yang ada ini untuk mengeratkan hubungan kita dengan keluarga terutama dengan ibu bapa kita. Di samping itu juga, gunakanlah masa yang terluang ini untuk menambah ilmu selain ilmu yang kita pelajari di UTM sebagai contoh ilmu-ilmu agama dengan membaca buku-buku agama dan mengambil cakna tentang isu-isu semasa yang berlaku di luar atau di dalam negara.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar baru sahaja selesai menjalani Kem Team Building yang telah diadakan di Kem Lembaian Danau, Jasin, Melaka pada 28hb-30hb November yang lalu. Bagi saya selaku MPM merasakan bahawa kem ini benar-benar bermanafaat bukan saja kepada diri saya bahkan kepada ahli-ahli MPP yang lain. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan aktiviti-aktiviti outdoor pada siang harinya dan pada malamnya kami melakukan muhasabah dalam setiap aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah berbasikal mengharungi kawasan kampung dan ladang getah, Night Walking, membuat rakit dan seterusnya berlumba menggunakan rakit yang telah direka, merempuh halangan, berkayak melalui kawasan tasik dan War Game.

Dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Daripada kem inilah kami di MPP dapat berkenal antara satu sama lain dengan lebih baik di samping bertukar-tukar pandangan. Ini penting untuk kebaikan gerak kerja pada masa akan datang. Dan insyaallah dalam post akan datang saya akan publishkan gambar-gambar semasa aktiviti berlangsung. Akhir kata 'majulah MPP untuk kebaikan Mahasiswa'

Total Pageviews