Pages

29 Jan 2008

Koleksi Gambar MPP 07/08

Salam mahasiswa rakan seperjuangan sekalian........
Di sini suka untuk saya berkongsi serba sedikit kenangan MPP kali ni dalam beberapa program yang telah kami hadiri. Somoga ia dapat menjadikan hubungan antara MPP dan mahasiswa semakin erat. Dan jangan lupa program terdekat Jabatan Kerohanian & Sosial pada 14hb Feb ni Dewan Sri Meranti, KRP iaitu Road Tour Bacaan Yaasin MPP ke kolej-kolej kali ke-3. Program ini akan bermula jam 7.00 pm.

Kursus Induksi MPP di Dewan Sri Merbau, KTHO


Majlis Tertinggi MPP 07/08

penyeri Jabatan Kerohanian & Sosial MPP


Aswadi dan Ashraf ketika mempengerusikan majlis


sahabat MPP daripada UTM KL yang telah
berjaya menurunkan harga kadar sewa asrama ketika cuti

22 Jan 2008

Selamat Hari Lahir ke-22!!!!!!

Salam ukhwah dan salam perpaduan....
Siapa sangka 22 tahun berlalu dengan pantas saya rasakan. Usia bertambah menjadikan kita makin hampir dengan realiti yang kita ini cuma manusia biasa. Yang telah Dia berikan kesempatan kepada kita untuk menjenguk seketika ke dalam dunia milik dan ciptaanNya. Sungguh kita patut berasa kerdil dan insaf. Genap 22 tahun kali ini diharapkan agar diri ini sendiri lebih matang, lebih cekal dan tabah dalam menempuh dan memikul amanah yang diberikan. Tidak kisahlah samada dalam konteks selaku mahasiswa biasa atau selaku pemimpin kepada mahasiswa.

Tengahari tadi, setelah selesai solat Zohor berjemaah di Masjid Sultan Ismail (MSI), saya sempat untuk bersembang seketika dengan Dato' TNCHEP&A kita. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk mengutarakan beberapa masalah atau pandangan dalam kampus kita sekarang. Isu yang kini hangat di bibir mahasiswa terutama mahasiswa tahun akhir yang memegang pinjaman pelajaran PTPTN dan pemegang biasiswa JPA tentang kelewatan bendahari menkreditkan duit ke dalam akaun pelajar. Mahasiswa (termasuklah penulis sendiri) tertanya-tanya bagaimana keadaan sebegini boleh terjadi sedangkan kalau kita lihat di dalam sistem AISWEB kelihatan duitnya telah ada di pejabat bendahari. Namun, saya masih tidak dapat melihat alasan yang konkrit mengapa situasi ini terjadi.

Isu kedua berhubung dengan pelajar luar negara yang berfahaman Syiah ingin mengadakan majlis di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Penulis bukan ingin menimbulkan syak wasangka sesama kita tapi penulis merasakan aktiviti-aktiviti sebegini perlu diberikan perhatian yang serius dan lebih berbanding sambutan lain-lain yang dilakukan oleh masyarakat kampus di UTM. Peristiwa Karbala adalah peristiwa memperingati kematian Saidina Hussien iaitu cucu Rasullah S.A.W dan juga anak kepada Saidina Ali Abu Talib. Beliau yang telah dibunuh oleh golongan munafik yang berselindung di sebalik pengikut Muawiyah bin Abu Suffiyan.

Semoga hari mendatang lebih menbawa seribu satu makna dalam kehidupan kita selaku khalifah dan hambaNya.'^_^ Happy Birthday, Ahmad!!!!!

15 Jan 2008

Kursus Asas Pidato Buat Pimpinan Mahasiswa

Salam mahasiswa sahabat sekalian,
Masa seminggu dalam tahun baru berlalu dengan begitu pantas. Di sana sini Biro kerohanian JKM giat untuk mengadakan sambutan Maal Hijrah dan "pesta bubur asyura". Dalam diam-diam hampir seminggu saya meninggalkan antara tarikh yang bermakna dalam hidup kita selaku manusia dan khalifah/pemimpin.

Selaku pemimpin mahasiswa saya merasakan asas untuk berucap di hadapan umum amatlah penting. Bab kata pepetah "pemimpin tanpa kata-kata umpama pahlawan tanpa senjata". Terima kasih atas peluang yang diberikan, saya dapat belajar banyak perkara dalam kursus ini. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Dato' Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof cukup bererti kepada kepimpinan MPP sesi kali ini. Semoga ilmu yang diperoleh akan dimanafaatkan sebaik mungkin dalam kepimpinan.
Bersama pengarah program

Tahniah kepada sahabat-sahabat JKM yang bertungkus lumus dalam memeriahkan sambutan Maal Hijrah di UTM. Hari ini, 20hb Januari 2008, Kolej 16&17 dengan kerjasama KDSE dan KTGB berjaya menganjurkan program "Sinar Muharam" mereka. Saya sempat untuk turun menjengguk sahabat-sahabat kita di tapak memasak bubur asyura. Kelihatan agak meriah dengan hilai tawa dan telatah penghuni kolej. Turut disertai oleh pengetua-pengetua kolej yang tak melepaskan peluang untuk bersama pelajar. Tahniah diucapkan kepada pengetua kolej yang terbabit.

11 Jan 2008

Fungsi 'Public Speaking' dalam Kehidupan Seorang Pemimpin Mahasiswa

Salam Maal Hijrah para mahasiswa sekalian,
Tahun baru 1429 Hijriah baru telah membuka tirainya. Harapan dan azam yang baru perlu ditanam dalam menuntut perubahan kepada diri sendiri dan masyarakat mahasiswa di UTM. Suka untuk penulis lontarkan kembali apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Areff Salleh Rosman, pensyarah di PPIPS yang dijemput untuk memberikan ceramahnya pada malam 09hb yang lepas. Dalam sesi ceramahnya Ustaz telah memberikan 5 tips bagaimana sesebuah hijrah/perubahan itu boleh dilakukan menurut Hijrah Rasullah S.A.W. Di sini penulis sekadar memberikan keypoint hasil daripada ceramah tersebut.

5 Tips untuk Berubah

1. Muhasabah-perlu untuk sentiasa menilai dan koreksi diri.
2. Azam-perlu punyai azam yang selari dengan perintah Allah S.W.T dan rasulNya.
3. Matlamat- tetapkan matlamat untuk memastikan hasil yang kita bakal peroleh.
4. Strategi- setiap langkah yang diambil mestilah tersusun dan sistematik.
5. Istiqamah/iltizam- jangan melakukan sesuatu separuh jalan sahaja. Kita perlukan lakukan secara berterusan.

Dan insyallah Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08 akan berkampung di Hotel Sri Malaysia, Port Dickson untuk menghadiri kursus pengucapan awam dan pidato bagi memantapkan lagi skill yang telah sedia ada. Diharapkan kami mendapat 1001 manafaat daripada kursus ini dan pada pendapat saya sendiri kursus seumpama ini perlu diperluaskan kepada pemimpin mahasiswa yang lain termasuk Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan persatuan-persatuan lain agar kemahiran ini terus menjadi trend/habit dalam universiti yang dalam usaha menuju universiti berkelas dunia.

That's all for this time. The report from this programme will be coming soon...
Salam Mahasiswa!!!!!

6 Jan 2008

Salam Mahasiswa 2008

Assalamualiakum w.b.t sahabat-sahabat UTM sekalian.....
Selamat Tahun Baru 2008 diucapkan walaupun sudah beberapa hari detik itu berlalu.
tahun baru ini telah menyingkap pelbagai kisah yang kadang-kadang tidak kita sangka dan inilah yang menggusarkan hati saya ketika ini. Dari Pakistan kita dengar pemimpin parti pembangkang Benazir Bhutto dibom di khalayak ramai ketika kempennya untuk merebut jawatan presiden Pakistan semakin rancak, kes pendedahan klip video mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang begitu menggemparkan pelusuk tanah air hinggalah kepada catuan minyak masak di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia. Ini adalah antara isu-isu semasa yang hangat menjadi perbualan masyarakat ketika ini.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah kita selaku mahasiswa seharusnya seiring dengan arus semasa tidak kira lah samada dalam bidang yang diceburi dan lebih-lebih lagi dalam isu-isu semasa nasional dan luar negara. Pernah pensyarah di dalam kelas penulis bertanyakan tentang isu-isu semasa kepada sahabat satu program, katanya,"adakah kamu tahu apa yang kini hangat digembar-gemburkan oleh masyarakat di luar sana ketika ini?". Kebanyakan daripada kami senyap dan menyebabkan timbul kesedaran betapa kita masih ketinggalan kerana kita berada dalam tempurung bayangan kita sendiri. Tambah pensyarah tersebut,"nanti apabila kita berada dalam keadaan darurat, nak berperang tapi pelajar UTM masih lagi pergi bekerja. Jalan sorang-sorang di pagi hari untuk ke tempat kerja. Sebabnya tidak endahkan tentang isu-isu semasa".

Tidak guna kita mempunyai fasiliti internet yang hebat jika pelajar kita masih sama seperti kanak-kanak lepasan sekolah. Kemudahan yang tersedia mestilah kita guna atau olah sebaik-baiknya bagi menambahkan pengetahuan kita. Baik dari sudut pengetahuan am mahu pun pengetahuan tentang agama.

Cukup sekadar itu untuk kali ini. Harap cebisan coretan ini dapat meninggalkan sedikit bekas dalam hati kita selaku mahasiswa, peneraju kepada kepimpinan akan datang. Jika ada yang silap dan salah harap dimaafi. Sekian, wassalam...

Total Pageviews