Pages

6 Jan 2008

Salam Mahasiswa 2008

Assalamualiakum w.b.t sahabat-sahabat UTM sekalian.....
Selamat Tahun Baru 2008 diucapkan walaupun sudah beberapa hari detik itu berlalu.
tahun baru ini telah menyingkap pelbagai kisah yang kadang-kadang tidak kita sangka dan inilah yang menggusarkan hati saya ketika ini. Dari Pakistan kita dengar pemimpin parti pembangkang Benazir Bhutto dibom di khalayak ramai ketika kempennya untuk merebut jawatan presiden Pakistan semakin rancak, kes pendedahan klip video mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang begitu menggemparkan pelusuk tanah air hinggalah kepada catuan minyak masak di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia. Ini adalah antara isu-isu semasa yang hangat menjadi perbualan masyarakat ketika ini.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah kita selaku mahasiswa seharusnya seiring dengan arus semasa tidak kira lah samada dalam bidang yang diceburi dan lebih-lebih lagi dalam isu-isu semasa nasional dan luar negara. Pernah pensyarah di dalam kelas penulis bertanyakan tentang isu-isu semasa kepada sahabat satu program, katanya,"adakah kamu tahu apa yang kini hangat digembar-gemburkan oleh masyarakat di luar sana ketika ini?". Kebanyakan daripada kami senyap dan menyebabkan timbul kesedaran betapa kita masih ketinggalan kerana kita berada dalam tempurung bayangan kita sendiri. Tambah pensyarah tersebut,"nanti apabila kita berada dalam keadaan darurat, nak berperang tapi pelajar UTM masih lagi pergi bekerja. Jalan sorang-sorang di pagi hari untuk ke tempat kerja. Sebabnya tidak endahkan tentang isu-isu semasa".

Tidak guna kita mempunyai fasiliti internet yang hebat jika pelajar kita masih sama seperti kanak-kanak lepasan sekolah. Kemudahan yang tersedia mestilah kita guna atau olah sebaik-baiknya bagi menambahkan pengetahuan kita. Baik dari sudut pengetahuan am mahu pun pengetahuan tentang agama.

Cukup sekadar itu untuk kali ini. Harap cebisan coretan ini dapat meninggalkan sedikit bekas dalam hati kita selaku mahasiswa, peneraju kepada kepimpinan akan datang. Jika ada yang silap dan salah harap dimaafi. Sekian, wassalam...

No comments:

Total Pageviews