Pages

13 Apr 2009

Salam Kemenangan...

Salam mahasiswa pada semua...

Minggu ini penulis suka untuk berkongsi tentang team EPL feveret penulis, Chelsea. Huhuhu... May be ada yang akan iri hati bila melihat kemenangan team ini minggu lepas. Minggu lepas menyaksikan keangkuhan Liverpool yang rakus membelasah Manchester United (4-1), Aston Villa (5-0) dan Fulham (1-0) terpaksa akur dengan kehebatan Chelsea di gelanggang sendiri.

Gamat suasana di Cafe P19, FKE apabila pertembungan 2 pasukan gergasi EPL ini dalam saingan suku akhir Liga Juara-juara, UEFA. Rujuk gambar di bawah:


Suasana di P19 ketika itu



Sabar menunggu aksi separuh masa ke-2


Keputusan 1-1 semasa separuh masa pertama


Minggu ini pula, Liverpool akan bertandang ke Stamford Brigde bagi meneruskan persaingan ini. Mampukah Liverpool bangkit dengan membuat comeback ke atas Chelsea seperti mana game-game sebelum ini dengan pasukan lain? Mampukah Chelsea mempertahankan kelebihan yang diperoleh kali ini dan seterusnya mengecewakan Liverpool sekali lagi seperti musim lepas? Sama-sama kita saksikan perlawanan tersebut minggu ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa mesti mahasiswa terutamanya lelaki mendewa-dewakan bola sepak seperti mana lelaki lain di luar sana. Tak bermenafaat pada diri dan agama pun tengok bola kan????...

Tapi ada sesuatu pada bola sepak yang kita boleh ambil iktibar. Jika dilihat politik dan bola sepak mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai sudut. Untuk menang dalam bola sepak, strategi menjadi senjata yang terpenting, begitu juga dalam pilihan raya. Andaikata dalam bola sepak kita ada pengadil, dalam pilihan raya pula SPR adalah pengadilnya. Dan keputusan akhir yang menjadi penentu kepada sesuatu perlawananan sama ada bola sepak mahu pun pilihan raya. Apabila Torres berjaya menjaringkan gol pada minit ke-6 perlawanan, itu masih belum membuktikan Liverpool sudah menang. Dan apabila Chelsea bangkit dengan 2 gol dari bek kanannya, Ivanovic dan satu gol dari Didier Drogba pada separuh masa ke-2, mengesahkan kemenangan tersebut milik Chelsea. Begitu jugalah yang berlaku dalam pilihan raya.

Minggu lepas juga menyaksikan parti-parti politik bertahan di kubu masing-masing dengan BN di DUN Batang Ai, PKR di DUN Bukit Selembau dan PAS di Parlimen Bukit Gantang. Tahniah kepada para pengundi yang keluar mengundi pilihan masing-masing. Budaya demokrasi ini seharusnya diterap dalam seganap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kepada mahasiswa dan dipraktikkan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) masing-masing.

Mungkin pada masa akan datang banyak lagi pertembungan-pertembungan bakal berlaku cuma diharapkan semua pihak bermain permainan yang bersih sama ada dalam bola sepak atau politik. Hidup Chelsea!!!! Hidup Hiddink!!!hehehe...

p/s: Gud Luck presetation PSM petang besok.

2 comments:

♥♥♥♥♥ Jennifer™® ♥♥♥♥♥ said...

your blog is very fine

Unknown said...

sempatlagi tu zack update blog huhu

Total Pageviews