Salam mahasiswa pada semua...
Alhamdulillah, Pilihanraya Kampus 2008/09 selamat berlangsung tanpa sebarang insiden buruk yang berjadi. Bagi penulis, PRK kali ini merupakan yang terbest sepanjang penulis berada di UTM ini. Keputusan sudah keluar, ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Itulah lumrah sebuah pertandingan. Tahniah pada yang telah berjaya mengisi kekosongan kerusi yang ada dan takziah juga kerana bakal menggalas tanggungjawab yang besar yang bakal di persoalkan pada masa akan datang.
Semalam juga (14hb Januari 2009) merupakan Muktamar Sanawi ke-6 PMIUTM. Walaupun bahang PRK masih lagi belum reda akibat kemunculan Pro M yang dikatakan rata-ratanya "budak PMI", majlis dapat dilangsung dengan aman. Tahniah dan takziah juga pada yang memegang tampuk kepimpinan baru PMI UTM sesi 2009 ini.
Banyak perkara yang berlaku dalam 2 3 hari kebelakangan ini. Yang membuat pemikiran penulis mencari jawapan-jawapan yang rasional agar persoalan-persoalan yang wujud tidak buntu dan menjadi masalah yang lagi besar pada masa akan datang.
Antara yang paling menarik untuk difikirkan ialah bagaimana kepimpinan MPPUTM 2008/09 kali ini akan menjalankan tanggungjawab mereka? Persoalan tentang team building menjadi pokok kepada semua yang bakal dirancang pada masa akan datang. Dengan kehadiran Pro M dan Evo M dalam satu pasukan, ukhwah mereka akan menjadi perhatian. Mampukah mereka bekerjasama dengan baik? Mampukah mereka menyediakan kebajikan-kebajikan seperti mana mereka semua tabur ketika berkempen dulu? Semua ini memerlukan seorang ketua yang dinamik. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menguruskan pentadbiran MPP kali ini. Maka, kepentingan mempunyai Presiden (di universiti lain dipanggil sebagai Yang Dipertua-YDP) yang berkebolehan dan berketerampilan adalah sesuatu yang mesti!
Menarik untuk dikongsikan bersama juga, semalam (14hb Jan 2009) kedatangan anak perempuan tokoh yang biasa kita dengar, HAMKA dari Indonesia ke UTM dalam sesi perkongsian ilmiah yang dianjurkan oleh PPIPS di Dewan Senat. Tajuk "Perempuan dalam Keadilan dan Kesetaraan Gender" dikupas dengan baik sekali oleh Dr. Hajjah Aliyah HAMKA. Diharapkan program-program seumpama ini diperbanyakkan lagi di bumi bertuah UTM ini.
No comments:
Post a Comment