Pages

12 Jan 2009

Setelah 5 Hari Tempoh Berkempen...

Salam mahasiswa pada sahabat-sahabat UTM sekalian,

Waaaa...kini Pro M kian gah mencipta nama di arena politik kampus UTM. Sedar atau tak sudah 5 hari tempoh untuk berkempen berlalu. Pelbagai cara digunakan oleh calon-calon yang bertanding untuk meraih undi sama ada di fakulti mahu pun kerusi umum.

Pilihanraya kali ini menampakkan sedikit kemeriahan berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya yang lepas kalau sahabat-sahabat perhatikan. Pertembungan antara Pro M dan Evolusi Mahasiswa memang tak dapat dielakkan. Semalam (11hb Jan 2009), mereka bertembung di Arked 9 ketika masing-masing sibuk untuk berkempen. Sudah tentunya, mahasiswa UTM yang prihatin akan menilai setiap menifesto dari kedua-dua pihak.Diharapkan anda semua mendapat jawapan yang sebaik-baiknya.

Dalam kemeriahan sambutan PRK kali ini, pastinya tidak terlepas dengan gosip-gosip panas dari pihak atasan yang tidak puas hati dengan tindakan segelintir calon-calon Pro M yang bertanding tanpa kebenaran mereka. Ugutan akan dibuang kolej menjadi senjata utama bagi sesiapa jua yang diberi kuasa yang sepatutnya melindungi mahasiswa, bukannya memberi kesan yang tidak baik kepada mahasiswa.

Dan yang paling tak selesa didengari, ada calon-calon yang mendapat bantuan pihak atasan dalam usaha-usaha berkempen. Begitu mudah untuk mengumpulkan mahasiswa untuk berkempen. Adakah adil pada mahasiswa yang tidak mendapat keistimewaan sedemikian? Rupanya selama ini sememangnya mahasiswa bermain di atas padang yang tidak rata. Silap hari bulan, mungkin akan menyumbat gol sendiri (own goal).

Apa pun yang berlaku, kita adalah hamba Allah. Kita bakal dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan. Itu keyakinan kita selaku muslim mukmin. Jika baik amalan kita, baik jugalah balasannya. Tapi andai kata buruk amalan kita, dan kita tidak sempat memohon ampun dan maaf maka buruklah balasannya.

Di bawah beberapa gambar yang penulis sempat rakamkan melalui lensa kamera penulis:

Kempen Pro M di Meranti


Mail as MC


Ucapan Saudara Anis Wahab selaku Ketua Duta-duta Pro M


Kak Ina dan Adila: Srikandi Pro M memperkenalkan diri


Calon Feveretku: Nor Azim Fahada..Student Power!!!

Ragam Kempen


Suasana harmoni di FKM


Rasuah gula-gula


Boleh ke gantung poster kat perhentian bas???!...


Vandalisme di kafe P19


Nice job!!!...

Kempen Pro M di Arked K9


Bersama calon utama Pro M


Sekadar melihat...Penyokong "lelap"


Arked K9 diserang gelombang merah...


Senior (abg ayen & abg Taib) yang datang menjenguk


Adik-adik penyokong Pro M

Penulis ketika mengangkat poster


Bertugas di fakulti lain: FP & FS

Penulis dan Hafizuddin...nice combo!!!

p/s: Pada penyokong Chelsea usah bersedih dengan kekalahan ditangan Man U (3-0) malam tadi (11hb jan 2009). Kalah sekali bukan bermakna kalah buat selama-lamanya. To Unbeatable Chelsea!!!

1 comment:

Unknown said...

baru rasa debaran PRK yg sebenar..

Total Pageviews