Pages

23 Jan 2009

Semuanya selamat...

Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Kabinet MPP UTM sesi 2008/09 telah selamat dibentuk tanpa sebarang masalah berlaku. Saudara Abdul Hadi Abdul Halim telah berjaya dilantik menjadi Presiden MPP bagi sesi yang baru ini. Semoga beliau mampu untuk membawa MPP untuk memimpin mahasiswa UTM ke arah selayaknya. Dan tahniah dan takziah kepada Siti Hadjar bt. Md Arshad kerana terpilih untuk membantu saudara Presiden kita. Semoga gandingan kedua-dua pemimpin mahasiswa ini berjaya menyatupadukan ahli-ahli di bawah mereka.

Dan penulis ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat yang berbangsa Tiong Hwa. Kepada sahabat-sahabat yang lain diucapkan selamat bercuti dan semoga menghabiskan masa cuti ini dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

No comments:

Total Pageviews